Friday, January 17, 2020

Influenza A is real bro...


Risau dengar tentang kes ini.
Kes tularnya influenza A ni dah menyeluruh seluruh Malaysia.
Entahlah samada semua sudah maklum atau berita ini hanya diambil kira oleh segelintir masyarakat kita saja. Yang lain masih alpa.
SARs,MERS,Virus Nipah, Wuhan , antara akronim yang diguna. Setiap satu ada implikasinya.
Seram actually walau belum sampai tahap gaban.
Tapi kewaspadaan harus diambil.
Jangan bila terkena baru terkebil kebil.....

Cerita semalam..
Bapa mertua dikejarkan ke hospital akibat jatuh dibilik air.
Bersama sama ahli keluarga yang lain, makcikson pun ke sana juga.
Suasana di bilik kecemasan seperti apa yang cikson lalui pada hari biasa... masa cikli selalu kena .
Sibuk.
Ambulance keluar masuk. Kereta sorong menyorong pesakit yang tidak dapat bergerak sendiri.
Guard berjaga d pintu masuk
Pesakit dan waris pesakit keluar masuk bilik kuning.
Di Zon Merah tiada aktiviti.
Pesakit2 biasa menunggu giliran untuk mendapat rawatan. Ada terseliuh pinggang, ada berjengkit jalan.
Tiba2
ASYIIM! Assssyyyim... bunyi berulang ulang.
Aku memandang. Arah datangnya bunyi bersin berulang ulang berkumandang.
Seorang pemuda rupanya. Dan aku lihat dia tidak ambil apa2 untuk mencegah bersin dan batuknya . Dari berselerakan merata.
Sudaaah... mau berjangkit ni,aku berkira kira.
Dah la tak pakai topeng penutup muka...aku dan dia.

Ya dalam ramai ramai manusia, hanya kakitangan hospital saja yang pakai mask. Pak guard, nurse, doktor.
Oh ada... seorang nyonya juga .
Tapi yang lain tidak kisah nampaknya. Ada yang membawa bayi ke sana kerana nenek di masukkan kan ke bilik kecemasan.
Serius, depan mata aku, aku lihat seluruh ahli keluarga mengiringi pesakit,termasuk bayi yang masih kecil...

Sebentar di sana,aku pulang dengan harapan aku tidak apa apa.
Dan berkira2 utk beli mask nanti.

Terbayang pengalaman ngeri bila aku jatuh sakit beberapa bulan lepas.  Lainlah cikli. Ada isteri yang boleh mengurus sakit demam dia. Aku?  Yang ada hanya BU dan Monkey... sehingga anak sampai.. Nak harap cikli pun dia pun masa itu terkapai kapai...
Resultnya... cikli warded, dan aku berjam di ward kecemasan...

Thats all folks.. Take care.
Nampaknya plan nak ke KL nanti kena on hold. Bimbang pula berlama lama terkurung dalam tren dalam perjalanan. Biasa sangatlah orang terbantuk, terbersin.Untuk berjalan jalan makan angin bukan masanya masa ni. Better take precaution.

* bersin dalam siku.... syor doktor dlm siaran Awani baru tadi.






1 comment:

  1. tu la kan tahap kesedaran rakyat kita masih rendah. bersin, buang hingus selsema. masing2 kena jaga kebersihan la dan fikir orang lain :(

    ReplyDelete