Sunday, October 13, 2019

Menyimpan rumah,cikson terjumpa gambar ini.Emotional sebentar .Inlah dia satu satunya insan tersayang yang tiada dua atau tiganya.Tokton or TT yang selaly cikson cerita dalam blog ini.Ibu yang melahirkan dan membesarkan cikson dalam penuh kepayahan.Dan segala kepayahan itu dilalui dengan kesabaran.

Ya...cikson tak dapat carikan contoh insan lain yang penyabar.Dialah satunya.

Mak kenapa mak tak angakat kaki saja.
Mak kenapa mak masih dok tunggu?
Mak kenapa mak bersabar saja.

Itulah antara ungkapan diutarakan kepadanya bile melihat dia jadi sasaran.Sasaran insan insan yang tak menghargainya,melukainya.
Dia tak pernah lari balik kampung dalam kancah kepayahan kepayahan itu.
Selepas dia meninggal,anak menantu tiada cerita tidak baik tentang dia.Dia sabar,dia tidak mengumpat,dia cermat,dia suka menolong,dia pendiam,dia pembersih ,dia pandai masak,dia pandai mengaji.Mereka yang mengenali nya kenal dia dengan sifat sifat itu.Cikli setiap kali bercerita tentang ibuku yang satu,pasti mengalir air mata.
Sekarang dia telah tiada.Tapi kenangan tentang dia pasti tak akan luput selamanya.
Bertemu ipar duai,kenagan bersama TT mesti jadi bualan.
Tak jumpa lagi manusia sebaik dia...kata adik iparku sebak.
Macam satu kehilangan .Tak tau nak cari kat mana .

Sesuatu yang baik kita nampak semasa kematianya.Anak cucu mengaji semalaman semasa jasadnya terbujur kaku.Orang ramai datang mengunjung dan semasa ditanah kubur dia didokan oleh beratus umat.Nampak senang disitu.Harta yang ditinggalkan tidak menyebabkan anak2 bercakaran merebutnya.

Sabar dan menghormati orang.Itu kelebihan ibuku.
Tak kira siapa dan apa bangsa mereka.Nyonya di JPL berkawan baik dengannya. Aci di Lunas serta peminta sedekah yang mengunjungi rumah kami contoh yang aku kenang ttg dia.

Aku juga bertanya kenapa emak masih menunggu orang yang buat hidup dia jadi haru..
Seperti anak anakku menyanya padaku. Kenapa aku tak begini,kenapa aku tak begitu.
Hanya satu... aku jawab soalan itu
Kerana kesabaran mengatasi kelemahan2 itu.

Minta minta tu aku pun bila telah tiada, tiada kenangan ngeri aku tinggalkan buat menantu menantuku. Biarlah aku dingati sebagai ibu mertua yg bertimbang rasa, tidak mengumpat dan mengata, tidak jadi angkara sengketa antara anak2 menantu.

Makkk nii...asyik marah chek saja. Marahlah menantu sama....
Pada soalan itu aku menjawab
Anak2 seribu kali marah pun, tetap anak.
Menantu, sekali marah boleh tukar jadi hantu....hehe.
Yes, menantu sekali dimarah,diherdik, nak balik ke asal tentu payah. No turning back.
Nak marah anak,boleh sembur bila bila masa. Nak tegur,marah anak orang, kenalah fikir cara terbaik. Bukan dok serang tak ketahuan. Silap2 kerana buruk kelaku ibu ayah, satu keluarga jadi payah.
Tak kan susah?

I saw in my mum, when there were troubles in her children's family, she was tak kepoh. Cool saja.
Hope I could be like her always.....

No comments:

Post a Comment