Thursday, July 11, 2019

Hujan pagi pagi


Cuaca kurang elok pagi ni. Mendung dan hujan sekejap sekejap. Semalam petang,ribut dan angin kuat melanda. Berdentum guruh dilangit membelah kesunyian malam.
Hope this pitiful weather wither away soon.
Happy sun comes shining gently upon us.

Semalam keluar mencari tailor.
Tukang jahit utk kurung cikson dah sedia ada. Berurusan dgnnya sejak bertahun dulu. Kalau masuk kedai dia, sahih keluar dgn tempahan baju dgn dia. Orangnya ramah and sweet. Sedia melayan pelanggan dengan senyuman mesra. Ema, namanya.

Lain pula dgn cikli. Selalu baju dibeli saja. Tapi kali ini kerana nak sedondon, sementelah anak2 sponsor kain,kenalah cari tukang jahit baju Melayu.Pencarian kami membawa kami ke sebuah bengkel jahitan. Harap2 hasil jahitan dia bertepatan dgn kehendak cikli.

Juga dah jumpa kedai alter pakaian. So tak perlu pening nak cari org nak potong jubah yg meleret. Or alter kurung yg gelebeh. Muda2 lagi tuan kedai itu. Ramah sangat.I like.

Hanya satu saja yg jadi pemerhatian cikson. Kenapa susah sangat orang kita nak jaga image kedai. Kata pun kedai, why not tarik pelanggan dengan presentation kedai yg elok,bersih dan meyakinkan. Tak masuk kali kedua cikson kalau kedai makan ada sawang bergantungan. Kipas pun segan nak pusing kerana sarat dgn debu. Taik cicak ,taik burung bertepek2....huhu.

Dan sunggoh tak gemar kalau didalam kedai makan esp,pekerja berseloroh, bertepuk tampar sesama sendiri dgn meriah. Kita nak makan pun terasa tercekik..

By the way.... tukang jahit cikson org sana yg berkahwin org sini.




2 comments:

  1. Di KL ini, kebanyakan yang ambil tempahan alter pakaian nampaknya berasal dari Bangladesh... mana agak perginya 'orang kita'? Jadi taukeh je kot...

    ReplyDelete
  2. Dulu indon,skrg bangla,org kita...tak taulah mcm kata pohim cucu saya. Tak mau susah, itu penyebabnya terbantut kemajuan anak2 kita. Bila la nak berubah.

    ReplyDelete