Wednesday, June 12, 2019

Semoga segar di ingatan...Raya 2019,the deco n the dishes


Bertepatan dengan iltizam tahun ni,beraya seadanya,cikson tak beriya iya menyediakan keperluan raya.
Betoi betoi pakai apa yang ada.
Baju raya...
Its recycle baju kenduri anak saudara
Kasut raya...yang lama masih enak dikaki,buat apa cari yg lain. Silap2 tak enak pun utk dipakai.

Hiasan rumah...
Hari hari cikson hias rumah mcm nak raya. So apa lagi nak tukar kan...Haha sour grapes. I think the only thing we changed were the flowers. Sedikit bunga hidup buat penyeri sudut.
Selalu cikson akan menjahit sarung kerusi utk raya. Tahun ni,mesin jahit pun tak disentuh.Niat hati nak beli yg baru pun tak tertunai. Sebuah kedai yang kami kunjungi di Padang Besar ada menjual sarung kerusi ready made. Harga pun 12 ringgit sehelai. Sayangnya... tak ada stok baru.
Ciklin ada memesan melalui shopee...hehe ..bila sampai senteng pula!

Kuih raya...
Seperti banyak tahun2 sudah, dah tak terbuat sendiri macam cikson muda belia. Semua pakai tunjuk2. Pahang mari.

Jamuan Raya.
Tahun ni no mee kuah JPL. Tak ada kudrat dah nak buat on a large scale. Instead ciklin ambil alih tugas,dengan memasak lontong. Ramai yang bagi thumbs up. Sedap depa kata.
Raya ketiga masak gulai kepala ikan utk jamu orang KL dan Kedah.Utk sampingan tempah laksa Halijah. Sedap laksa ni. Cikson yg tak berapa suka laksa Kola pun boleh ulang berkali2 kali. 
Nak tahu beli kat mana?
Beli terus dari kilang yg memprosesnya. Syarikat Halijah namanya dan letaknya di Kuala Perlis. Kalau tak tempah awal2 hanya 2 kilo seorang saja yang dapat beli. Kena beratur panjang pula tu...kesian cikna and cikli.

Oh well...kalau dulu sibuk cikson rakam gambar2 . Tahun ni sebaliknya. Maka tiada gambar hari raya dari lensa kamera makcikson..

So very much make do with what we have...haha.
Harini baru nak ketik gambar...

Layannn sajalah gambar out of date ni ye...hehe.

same old


sarung kerusi ready made @ RM 12 a piece. Big Field mari

kudapan...maruku n kerepek bawang 

ehh..kenapa ya internet ciput saja bila ada dlm bilik.
Kat sini ok pula...sarung kerusi..shopeee mari

nothing new here.

sarung yang senteng...pakaikan saja di sini.

masih berbaki kuih raya ku...bunga pun dah layu

Mana gambar juadah raya masakan RBL. Tak tergamak pula nak upkan disini . Kesian kat yang berkelana di benua India...raya makan pek peknga saja..aduhai anak mama.



Thats all folks...our raya of 2019. 
May we meet again in the coming raya. Insha Allah.

1 comment: