Monday, January 14, 2019

Cucu Atuk... satu kesan


Buntu. Kata kata macam tersekat.
Tapi yang hairannya, dalam kepala padat
Macam macam terpahat
Kenangan lama mengimbau menghambat.....

Satu posting dalam fb menarik perhatian ku.
Subject matter.... effect of unhappy upbringing as a child on our adult life.
Dan keadaan ini keadaan ini menggamit memori.....

Si ayah yang tidak pernah menggunakan kelembutan dalam komunikasi keluarga. Nada suara macam tele movie tv3 semalam...Cucu Atuk . Tegas, garang, memerintah . Watak yang dibawa pelakon veteran ,Jalil Hamid , berkesan dihati. Menerpa kenangan tentang susuk tubuh seseorang. Bukan hanya kata kata yang menghiris tapi juga perbuatan. Ada saja yang tak kena pada mata dan hati. Ada saja yg buat diri jadi Hulk bak gergasi mengeluarkan api. Kalau pagi marah, api kemarahan merah menyala sampai dini hari...
Menonton drama tv kadangkala beri keinsafan buat diri. Buat muhasabah akan kesalahan kesalahan yang pernah dilakukan sepanjang zaman . Bertuah mereka punya ibu ayah yang sefahaman, lembut tetapi tegas berbicara. Tiada syak wasangka dan sengketa antara mereka. Juga kasih bertaut rapat antara ahli kelurga.



Bercakap tentang ahli keluarga... sianak bersikap kurang ajar pada ayah kerana apa? Dalam cerita Cucu Atuk, silapnya kuat pada si ayah. Sikap panas barannya mungkin menyemai sikap memberontak anak2 . Ego dan hanya mementing diri akhirnya memakan diri sendiri.

Sini aku petik beberapa consequences anak anak yg dibesarkan dalam persekitaran tidak harmoni. ...








Well guys, if you happen to be in a position to shape someone's future and destiny,hope you have a grasp of what I am trying to say...

that to have nice, kind,children, we too as caregivers got to be kind and nice.
So mum and dad, please please show your best attitude. No shouting, no shaming, between the both of you.

You ( father) yang bercakap kasar dengan isteri berharap anak anak akan berlemah lembut. Sorry. You yang tak pernah tunjuk contoh yg baik, harap anak jadi baik.
You yang tak pernah tolong kerja rumah,yang anggap isteri second class citizen,harap anak2 akan hormat ibu mereka.

Well, the list goes on and on and on.

Besar responsibiliti seorang ayah dan atuk... jejak mu bertapak dan berbekas..

Drama tv adakala memberi kesan sebenarnya.

No comments:

Post a Comment