Monday, July 23, 2018

Sunyi sang penunggu ...


Hari Sabtu yang lalu ,ciklicikson ke Wang Ulu. Haha..dengar kata Ulu nun tentu terbayang jalan bengkang bengkok naik bukit turun bukit baru sampai ke destinasi.
Salah tu... Wang Ulu tu tak jauh mananya dari RBL. Sekali belok masuk jalan ke kanan,terus saja dah sampai. Tapi melalui juga kawasan sering banjir kat situ. Oh ya,jalan kontroversi yg banyak berita di media sbb adanya dia,kawasan itu mestinya dilanda banjir bila hujan tiba,dah boleh diservis rupanya.
Dari atasnya nampak terowong dalam bukit yang famos seantara benua. Buat melepas air banjir dari utara.
Eh kecik saja terowong tu. Mana tak banjir. Aku bersuara.
Maka terkeluarlah kemungkinan kemungkinan kenapa terowong tu kecil tidak besar.
Lagi besar lagi besar duit... aku berkonklusi.
Haha.. sekali teringat kisah seorang pembeli yang membeli barang on line. Dibayangkan dapat lah barang yg normal size. Bila dapat...haha ciput saja.

Kenduri Sabtu tu kenduri rumah kawan cikli. Maka di sana aku tak temui muka2 familiar kecuali ahli2 RT kawasan no.7. Semua lelaki tak bawa bini.

Sebenarnya hari ini aku bertagak keluar rumah. Ke bengkel kereta servis iriz coklatku. Atau ke klinik pergigian servis gigiku. Tapi macam malas saja..
Maka mungkin besar digua RBL aku bertapa. Tanpa suara,tapi tangan gigih buat kerja.
Bilik air kedua perlu ku sental kerana dah kusam semula.
Bilik air pertama aku dah beres semalamnya. Baru lega.

Nak masak apa ya?
Dah kosong rupanya peti ais kita.
Maka kita beli sajalah lauk tersedia.
Tapi kurang berselera.

Itulah secubit kisah sang penunggu setia.
Rumah di RBL dia bertapa
Sunyi memang terasa
Tapi dah tegal biasa.

Macam2 nak buat, tapi malas,malu menguasai rasa.
18/8 entah jadi atau tidak aku ke KL ,semua tergantung atas kesihatan cikli . Biar appointment doktor dulu baru buat keputusan jadi tidaknya pergi.

Thats all folks...aku yg bermonolog seorang diri.
Have a pleasant day.
ini sajian di Bukit Mahkota,bukan di Wang Ulu ya...

2 comments:

  1. Assalamu'alaikum Cikgu.

    Dia usia begini, saya rasa ikan yang saya goreng 'bodoh-bodoh' lebih sedap dimakan dari lauk yang dibeli di kedai. Tapi kadangkala beli juga, bila fikirkan anak-anak suka...

    Saya pun ada banyak benda rasa nak buat, tapi penyakit M mengatasi segalanya...

    ReplyDelete
  2. Walaikumussalam kakcik.
    Betul kakcik. Semalam beli dari luar. Menangis nak makan nasi. Adake lauk tgh hari dah berlendir.Aduhai.
    Mlm,goreng ikan temenung,buat masak asam kicap. Sedaaap.

    ReplyDelete