Thursday, February 22, 2018

Penolong Garu Besar


Kejadian semalam membuat aku mengimbas kembali kisah semasa aku berkhidmat. Mujur surat yg  hendak ku sign aku teliti dulu. Buatnya aku leka,,haha mesti kaum di bangunan dekat pekan ketawa besar.
Ada ye jawatan utk garu menggaru ni... hihi.

Hey mana SOP. Mana fokus kamu. Atau saja2 nak sabotaj . Org tak persoal sapa yg taip surat. Tapi yg kena orang yg sign la.... persoal ku.
Ada juga terselit kisah, seluruh dokumen ku reject  kerana aku sendiri gelak guling gantang baca.

Well... semalam aku minta cikli beli bahan bahan utk masakan. Dan bila dia balik ,satu bungkusan berisi kentang aku buka.
Ya rabbi... ingat sebiji yang buruk,boleh lagi cikson tahan. Ini se uncang yg ada hampir sepuloh biji .
Boleh kata semua kentang2 itu hanya layak ke tong sampah. Mujur aku masih ada spare kentang.
Kalau ikut hati mau masa itu juga ku kerah cikli pergi balik ke kedai itu. Namun hari tgh hari dan panas berdenting. Bimbang pula cikli diminta ke sana kemari. Mau apa apa jadi.

Nantilah... bila makcik free... kata aku dalam hati. Nak ku syarahkan pada kedai itu. Rajin2 lah urus kedai mu. Lebih2 lagi barang mudah rosak. Jgn buat pembeli terkena. Sekali terkena, mungkin mereka tidak mau lagi berurusan dgn kamu.

Begitu juga feel kedai bunga yang jual bunga yg telah digunakan pada pelanggan. Aku terkena. Balik ke rumah tgk bunga bekas stapler dan gam...

Delivery sampai rumah ,jangan percaya sangat....
Ada masa aku terima makanan yg pada hematnya ,adalah recycle. Manakan tidak, sate yg ku order dah jadi getah sekerap. Liat dan rentung. Kalau dikedai..tak teringin nak ku beli.

Musim berpuasa.pun pernah kena naya.
Ada ke gambar bukan main gelora tgk. Tapi yang sampai hujung sayap ayam. Kau rasa boleh makcik telan dengan aman?

Begitulah kes kes yg pernah aku alami. Satay COD tu sekali sjalah buat kami. Kedai bunga,nanti2 bila makcik pi,ha... makcik nak kata jgn buat macm ni.

Kat kedai barang runcit itu...harap customer berhati hati. Kalau kena sekali lagi.. sorry nak pi.

Itu saja luahan makcik kali ni...
Tentang tak kepuasan hati...
Nak bantu bumi

Bye....
Adik2 yg berniaga tu...bautlah dgn ikhlas hati
Rezeki datang berguni guni.

2 comments:

  1. Keikhlasan membawa keberkatan, InsyaAllah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul sangat kakcik,
      Bila ikhlas,kita buat kerja dgn fokus dan teliti. Akhirnya ketelitian kita dan fokus kita akan memberkatkan rezeki. Dari rezeki yg berkat,hidup ada matlamat.Lebih selamat.

      Delete