Tuesday, February 20, 2018

Musim mengawanan dah tiba..

Bising .
Shooooooh.Pi sana.!
Aku terbih baru tau...

Itu suara suara manusia bila suara suara binatang tingkah bertingkah membelah malam.
Dari suara suara itu tahulah aku musim mengawan si Ninsandaq dan kaum sejenisnya dah tiba. Ada masa aku terkejut dari tidur yang lena.Marah menyelinap rasa.
paktam hero nina..
depa ni ada ada saja.


Sunaaaat baru tau!
Pintu kaca ku ketuk supaya mereka bersurai . Adakala berjaya adakala sia sia.

Teringat dinombor tujuh rumah lama.
Seekor kucing jantan setia menunggu diatas para para tembok batu mengintai kucing kucing betina . Siang malam dia di situ.
Eh kau.. tak jemu ka dok ngorat  macam tu.
Bila pi cari makan.

Semalam,lama aku tengok bawah pohon jambu ada kelibat sang hitam bertelegu. Oooi,ninsandaq pun ada disitu. Persis dua insan bercinta begitu.
Kemudian aku dengar suara garau . Macam marah saja.
Rupanya ada kucing jantan lain ditepi dinding rumah. Itu yang membuat dia amarah sangat.
Mereka mengiauw agak panjang dan membingit telinga .
Cikli keluar dan menghalau mereka dari situ.
Si hitam ekor panjang cepat cepat menyelinap susup sasap menerusi jaring jaring besi. Terus menghilang diri dalam semak samun rumah sebelah.
Tapi..sihitam ekor kontot masih berdegil disitu.Lagak bagai mengatakan......
Eh ni bini aku. Kenapa nak halau aku.!

Thats all folks. Bye. Have a fruitful Tuesday.




4 comments:

  1. Hahaha...ketegaq pulak siekor kontot tu ya... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kucing kucing pun ada character tersendiri. Ada yg sekali jerkah dah cabut lari. Ada yg macam nak jerkah kita balik.

      Delete
  2. kat rumah saya kalau time depa berdrama gini habis lunyai pokok dalam pasu. Selalunya kitchen garden yang kena.

    ReplyDelete
  3. sayangnya. Masa gaduh tu depa dah tak peduli apa dah.

    ReplyDelete