Thursday, December 14, 2017

3D2N di HSB 2 ... member sebilik cikli


I requested for a single bed room for cikli but it was unavailable until the end. Bukan apa senang orang yang menunggu utk urusan peribadi. But as it is, Syukur juga walau dapat bilik berempat kerana ada yang tak dapat bilik pun.

HSB sebuah hospital pakar. Dan wad Kenanga 6B adalah khas buat pesakit mata. aHa ... sakit mata macam 2 sakit mata. Ada yang semuda 8 tahun dah berhari jadi penghuni wad kerana allegi yg mudaratkan matanya. Tapi anak kecil itu jadi penghibur buat yang lain dengan sifat peramahnya. Teringat Fohim. Ramah dan keletah.

Coming back to cikli's member sebilik.
Well... bertukar ganti mereka yang menghuni. Semuanya kecuali seorang memerlukan operation. Dan tiada wife yang tunggu selain aku. Rasa tidak selesa juga dan aku minta utk balik saja. Tapi siapa yang boleh diharapkan utk jenguk cikli. Mau dia hypho ...
Tengah malam,cikli minta makanan sebab gula dia rendah. Mujur ada bekalan . Maka makanlah kami supper dgn nasi kerabu yang dibeli malam itu. Sedap pula makan berdua . Habis sebungkus.
Malam selepas itu kriuk kriak aku dengar bungkusan plastik dibuka jam 2 pagi. Rupanya orang sebelah sedang berlate supper juga.

Haahaaa... ada cerita lucu tau . Being the only able bodied makcik yg boleh ke sana ke mari,aku tolong tapaukan breakfast utk uncle Sega dikatil hadapan. Dan aku siapkan stok makanan cikli bila dia mau.
Satu malam,hampir jam 8,aku terdengar nurse menyuruh uncle apakenamanya dikatil dekat tingkap utk makan sebelum jam 4 pagi.Lepas tu tak boleh makan dah kerana besok akan operate.
Uncle kena makan sebab datok suruh. Tak makan nanti datok marah. Loud and clear suara nurse memberi arahan.
Saya tak dak apa mau makan. Ayaq kosong adalah. Uncle memjawab.
Kesian pula aku dengar. Maka florence nightangle in me pun rasa ingin menolong.
Uncle.saya ada roti. Milo pun ada. Mau ka? Dan dia pun mengganguk mau.
Aku pun pinjam cawan bilik pantri dan sediakan air panas utk dia.
Jam 3 nanti uncle bangun makan macam nurse suruh.

Well... belum jam 12 aku dengar kriuk kriak plastik dibuka. Uncle bancuh milo dan makan roti...

Jam satu aku dengar suara nurse bising bising.
Haiya uncle... gula 17. Tinggi ni..
Saya minum milo makcik tu bagi...aku dengar uncle memberitahu nurse.
Mana boleh minum. Gula banyak...
Mau gelabah juga aku takut jadi apa apa kat uncle. Baru datang ingatan tentang allergi atau apa 2 yg boleh terjadi akibat makanan yg diambil. Risau bila tiap kali ambil bacaan gula,readingnya setia meninggi.
Entah jam berapa gula uncle turun. Lega hati bila bacaannya register 7 saja.
Jam 12 tgh hari tu uncle bade us goodbye bila ditolak ke bilik bedah. Kesian dia keseorangan. No wife no children.

Uncle Sega ramah bercerita tentang isteri,anak2 dan pengalaman kerjanya. Bila cikli boleh keluar dia kena tahan lagi. Kesian dia. Mujur ada anak lelaki yang setia menunggu dia .

3D2N di HSB mengajar aku banyak pengajaran. Rasa muhibbah terserlah antara kaum disini. Kita tak hirau akan perbezaan warna kulit dan agama serta fahaman politik. Nurse nurse serta doktor juga amat berdedikasi .
Tersentuh aku bila nurse tanya selesakah aku malam itu. Tidur atas kerusi buat aku jadi seakan mummia . Kejung urat dan tulang sementelah suhu bilik kalah tundra dan steppe dihemisphera utara.

Hari Selasa jam 2 kami pun pulang... aha tapi masih ada pengalaman..hihi..macam macamlah kali ni.

Bye...



2 comments:

  1. Bila anak2 sudah ada kehidupan sendiri, maka bertabahlah suami isteri saling menjaga sesama sendiri...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah akhiran kisah kita kan kakcik. Anak2 besar dan terbang keluar cari kehidupan mereka.Hanya bertabahlah selagi mampu.

      Delete