Saturday, November 18, 2017

Bahagia itu bukan terletak pada baju berjenama....atau brg kemas merah menyala


Masih ku ingat kata kata itu.
Baju bazaaaaar!
Aduhai, walau pun tahu aku memakai baju yg kainnya dibeli dari bazaar Melayu dibandar Kangar usahlah buat announcement. Depan kawan 2 pula tu. Ya,mereka yang menegur akan kain bajuku memang terkenal dengan pakaian mahal2, bling bling sekerat lengan. Siapalah aku dengan mereka. Seurat emas pun tidak ku pakai.

Hingga sekarang aku tak betah membeli barangan yang mahal mahal. Cukup untuk tidak kelihatan terlalu sengkek. Kalau harga melebehi seratus ,aku belek, aku letak,aku belek aku letak sebelum buat keputusan utk membeli. Ah... masih ada commitment yang aku perlu beresi,kata suara dalam hati.Maka selalunya bila tgk harga yg diluar jangkauan ku ,aku tak jadi beli.

Menghadiri majlis hari itu,aku kenakan baju hijau belian anak . Potongan moden buat aku sedikit gugup memakainya.Begitu juga dengan tudung belit belit. Mau berpeluh nak lilit. Pusing keliling kepala dlm cubaan menutup juga dada.

Baru baru ni anak membeli baju buat ku. Siap upah sekali. Dan bila aku tanya harga ,teragak agak dia menjawabnya. Kenapa mahal sangat. Mana mak nak pergi dengan baju2 mahal tu. Ya buatku 300 utk sehelai baju dah over the budget. Kesian mereka.

Masih ku ingat kata kata seorang ibu yang tak pernah merasa pembelian dan pemberian anaknya yg bekerja. Walau anak jauh lebih dari mampu, utk menghulur kepada ibu susah sangat kerana takut pada suami. Begitu pun ada no...

Dulu, sejak aku guru sementara,menghulur bantuan kepada keluarga adalah utama. Hatta sampai aku beranak pinak bekeluarga. Urusan utk ibuayah perlu ku beres dahulu sebelum urusan lain. Kalau tidak terasa macam ada saja benda tak baik yg akan meminta aku keluarkan belanja. Selit sepit habuan utk mereka wajib ada.
Baru baru ni lega hati bila aku terdengar ceramah ustaz yang bukan satu dosa kita menolong ayah ibu walau tiada kebenaran suami kalau itu duit yg kita cari sendiri. Bahagia melihat adik adik terurus makan minum dari sedikit sumbangan kita. Bahagia melihat mereka berjaya dan lebih baik dari kita.Tak ada sekelumit rasa tidak bahagia melihat mereka lebih dari kita. Itu yg ingin aku terapkan buat anak anak. Berbahgialah bila saudara kita bahagia. Irihati,dengki tidak ke mana. Dan apabila ada yg terkapa kapa tolonglah selagi berdaya. Hulurlah semampunya.

Bahagia rasa dapat membahagiakan dan menyenangkan urusan orang lain. Bukan terletak pada jenamanya kain.Bukan terletak pada lilitan tudung ariani. Juga dilengan emas berbungkal .

Thats all folk my rambling for today. Maaf andai catatan ini anda rasa riak pula. Bukan itu maksud sebenarnya. Tersurat dan tersirat anda kutiplah intipatinya. Bye...

Catatan ini telah ku publish dahulu. Tapi aku keluarkan. Hari ni aku publish balik hehe...

Bahagia is so subjective..So is beauty. Its in the eye of the beholder.Tak gitu?



No comments:

Post a Comment