Friday, July 7, 2017

Macam macam ada... sedih,suka,geram semuanya . Panjang ceritanya.

Ini cerita semalam. Yakni cerita hari Khamis 7 hb July 2017.Eh... betulke tarikh tu.

Pagi pagi lagi handphone asus pemberian cikten berbunyi. Tanda ada wassap masuk . Antara mamai dan tidak,ku capai kacamata dan baca isinya.
Sedih.
Berita tentang biras anak yang keguguran. Ya Allah... tentu sedih suami isteri muda itu yang mengalami. Apalagi terpaksa mengahadapi jalan yang susah utk hamil anak anak itu. Dia kehilangan twins . Semoga kakngah kuat dan tabah.

Jam 11.00 bertolak ke sekolah yang aku tinggalkan hampir 9 tahun yang sudah. Berbelit tudung yg dibeli anak dekat Jakel berhapiran Chow Kit. Aku yang hanya menyarung tudung ala 2 makcik indon cuba membelit ariani sendiri. Mau berpeluh peluh kerana aku tak selalu memakainya. Baju kurung kelabu aku sarung dan beg jim thompson aku sandang. Nak tau.. baju kurung tu agak besar cikten hadiahkan. So... mesin jahit ku ready berbakti. Baju tu ku kecilkan sendiri. Herot petot ku jahit sbb benangnya tenggelam dalam warna samar kain nya.

Sampai kawasan sekolah dah 9 minit lepas sebelas. GB sekarang menyambut aku diperkarangan. Dan aku dijemput menduduki kerusi bersama2 wanita wanita muda dan bergaya. Ada yang sibuk dgn handphone saja tanpa angkat muka pun kat kita. Ada yang bertanya khabar ttg diriku yang tua dan sakit sakit saja. Hmmm... buat malu saja bila semasa aku memutar hidangan,air digelas mencurah pakaian cantik si adik. So clumsy. Thats me. Aku mohon maaf .

Jam beralih. Aku mohon diri kerana ingatkan cikli. Dia ada temujanji dengan MOPD. Tunggu puya tungga lima jam baru dia sampai rumah. Letih dan longlai . Berkejar ke kedai makan tepi jalan. Tapi perut dah masuk angin,maka nasi dipinggan susah nak dihabiskan.

Kak.kenapa ? Tanya tuan kedai melihat aku .
Bukan tak sedap dik tapi perut ni dah masuk angin. Selalunya jam 12 dah bertengahhari. Ni jam 2 tentu my stomach merajuk la ni...hihi.

Itu antara coretan yg ku lalui khamis semalam.
Tapi cadangan yg ku dengar buat ku terdiam. Kalau aku bersuara,mungkin terjadi perbalahan. Aku pun kadang kadang mau jadi Kim Jong Un,Presiden Korea Utara...yg semua orang tak suka...haha.

cool down mama..

jangan jadi dia
Thats all folks...jgn marah dan jelek ya. Ini style aku punya. Campuq2 bahasa dan gaya.
When u have to be perfect all the time, the fun in writing is out.

No comments:

Post a Comment