Wednesday, June 7, 2017

DIY... inai bukan pakai dijari tapi mesin yg pandai menari nari




Oh well... today kan Thrusday. Time utk cikson upkan post utk DIYers.
Niat dihati nak tukar sarung kerusi . Tapi entahlah jadi or tak jadi. Kerana kain belum berbeli lagi.Singer Sewing machine haq inai pun masih jadi dispensari cikli.Entah entah dia pun dah mogok tak mau bergerak lagi.

Mesin jahit inai ni cikson beli dah berkurun lamanya. Mau 30 tahun dah. Yang masih ingat cikson jahit satu set tilam bantal anak sulung adik bongsu cikson yang masa itu masih mengajar di UKM Sabah. Sarung tilam berwarna biru siap applique lagi.
Oh ya...sarung tilam anak kedua warna pink ada crossstich. Anak pertama lupa pula rupa dia. Yang ketiga,cikson buat warna biru muda. Yang bongsu entah lupa dah buat atau tidak.. haha tu dia.

Come awal next year,cikson bakal terima cucu kedua. Hati ada nak buat sarung bantal buat kenangan. Tapi entahlah masih bolehkah tumpu perhatian.

Rasa nak ke kedai kain satu Malaysia cari kain yang boleh dijadikan sarung kerusi utk raya kali ni.Tapi tulah.... nak keluar rumah memang segannnn amat rasa hati.

Dua tahun berturut2,cikson pakaikan kerusi makan RBL dengan sarung kerusi baru. Tahun ni entahlah ..... lihatlah nanti.

hasil cobaaaan pertama
Dah barai kerana kain yg tak sesuai.

Hasil cobaaaan kedua
Dah nampak lusuh pula dia

Lihatlah mesin jahit pun masih belum bersedia utk berkhidmat lagi
Senang pula dijadikan dispensari oleh cikli.Semua ubat dia letak atas ni...

mesin jahit inai dah jadi dispensari cikli


Harap harap tu dia tak mogoklah kali ini. Boleh jari jari cikson menari nari.Jahit apa yang patut utk raya nanti...hihi
Bye. Selamat menjalani ibadah puasa folks.


No comments:

Post a Comment