Sunday, June 4, 2017

Ada ada saja.... kuali meletup,kasut melayang di bulan Ramadhan


Aduhai... imsak dan subuh telah berlalu. Baru teringat ubat yang perlu diambil setiap hari terlupa dimakan. Dah seminggu berpuasa,hari ni hari pertama lupa akan rutin harian yang penting itu.

Mohon agar tidak ada apa apa untowards incident yang berlaku. Ya lah bila rutin ubat yang perlu diambil terganggu, takut pula akan menyebabkan apa apa terjadi pada diri. Tapi tawakkal sajalah hari ni.

Sejak dua menjak ni berita media menyajikan cerita yang tak ingin kita lihat. Lebih lebih lagi dilakukan oleh wanita. Kes kasut melayang kerana perebutan tempat parkir di PARAM menarik perhatian ramai. Amboi..akak garangnya. Sekarang ni dengan ada nya smartphone,camcorder janganlah anak beranak kita jadi viral atas sebab yang tak baik.

Pesan makcikson. ... hati hati semua.Nak marah pun berpada pada.Toksahlah dok baling baling slipper pula.

Sedih baca kisah anak  muda yang menemui ajalnya akibat didera rakan rakan. Kalau ia pun dia bersalah,bukan hak kita menghukum dia sampai tak ingat dunia. Buatlah macam kes orang mencuri kelapa yang diikat di pokok kelapa sebelum diserah kepada polis. Biar undang undang jadi hakimnya.

Kes periuk meletup pun gamat juga ceritanya. Haha... Cikson suka tonton saja,beli tak pernah. Dah diingatkan anak2. Usah terjebak.

Hari ini ,harap semua baik baik saja.Di luar,bunyi guruh mengaum bagai singa lapar adanya.

Sekian. Celoteh cikson pagi pagi buta. Haha.

2 comments: