Friday, May 5, 2017

Hari yang celaru.

Seawal 9.08 pagi,aku dan cikli menuju jalan rumah lama kami. Disebuah bengkel servis kereta kami masuki.
Di kaunter,aku mengunjukkan leaflet berbalut plastik tf kepada kerani.
Selepas bersoal jawab seketika,rumusan dibuat iriz belum sampai masanya diservis. Tanda spannar tu hanya mengingatkan saja. Dua bulan lagi baru masanya. Pomen yang melihat dan meninjau pun berpendapat sama.

Eh... jomlah beli groceries . Cikli beri saranan. So ke sana kami .
menunggu kami seketika kerana mereka belum mula berniaga
Pintu bangunan kedai dah dibuka. Hanya beroperasi saja yang belumnya. Sabar kami menunggu tiba masanya.
Dan tepat jam 10.00 berbreakfast dulu cikson dengan kotiau goreng dan cikli dengan nasi lemaknya. Boleh tahan juga enaknya.

Selepas habis bersarapan,para para barangan kami tuju. Capai yang mana terasa mampu dan setuju.
Tapi kebanyakan harga barangan nampaknya dah meninggi. Nescafe 3in 1 yang dulunya diparas 10 ringgit dah 14 ringgit harini. Begitu juga harga barang2 lain.

Depa tak kesian kat kita ... kata seorang wanita bersuara.
Naik harga dah tak beragak dah
Nantilah bila puasa mai nanti. Tentu cekik darah lagi .

Seram aku memikirkan keluarga keluarga yang dahulu diskala kesempitan. Sekarang lagilah susah payahnya.
Aku yang boleh bernyawa dahulu dengan selesa pun sekarang nyawa nyawa ikan bila berbelanja.
All in all hampir 270.00 aku belanjakan untuk barang2 keperluan. Rasanya tak ada yang berada dalam kemahuan.

Hampir aku terkena bila mencapai barangan PWP... kat bawah sekali para tertulis 50 % . Entah apa yg 50 % . Sometimes tulisan yg ada tidak menggambarkan situasi sebenarnya. Silap tak tangkap gambar.
 Kat dalam banner tertulis 50 ringgit..keliru aku.Penerangan pekerja aku dapatkan. Baru clear.
Oklah kalau harga sekampit beras Rambutan 10 kg dipotong RM7 sekampit.Minyak dipotong hampir 2 ringgit.

By 11 kami menuju jalan pulang.

Pukul dua,perut terasa lapar semula. Ke dapur aku tanakkan nasi dan mensambal tumis express udang yg dibeli. Rupanya cikli dah beli nasi kandar sekembali dari sembahyang Jumaat.

Well.... sometimes ada hari kita celaru. Tarikh dan appointment jadi haru biru. Apa yang dibaca belum tentu itu yang nyata.

Thats all folks. Bye/



2 comments:

  1. Harga barang sekarang ni, hanya mampu 'hrmmm' geleng-gelng kepala ja 😢

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nour,
      seram tengok harga barang barang. Walau teringin tapi tak tergamak nak beli. Kecilnya duit sekarang ni.

      Delete