Thursday, May 11, 2017

DIY.....Kotiau goreng expressssso. Suuuup saaaap SIAP!


Menjelang malam, tergaru garu kepala memikirkan apa yang nak dimakan utk dua dua warga emas ini. Nak keluar malas,nak minta delivery tak ada yg sessuai dihati.


nampak macam tak meyakinkan
actually ....sedaaap juga
ala ala kotiau kerang


So apa usaha cikson ?
Reccee petiais....

Ayam 2 keping ...potong nipis
Udang... buang urat 5 ekor
Kotiau... basuh dan tos
Gobis... potong memanjang
Sawi..potong2
Tomato... hiris nipis

Bahan yang masuk gu  boleh disatukan dalam belanga untuk dimakan bersama kami berdua.

Bahan2 sos
antara sos2 yg diadunkan

Sos tiram
Sos cili maggi
Garam
Gula
Cuka
Kicap manis
Cili flakes
cili flakes sbb malas nak buat cili blended sendiri


Bawang besar dan putih blended
Telor sebiji di pukul light light.

Bawang putih dan merah di racik. Tumis hingga kuning. Masukkan cili flakes dan air.Mendidih,masukkan ayam. Pukul telor dan masukkan dalam ramuan tumis. Season dengan sos tiram dan sos cili,garam dan gula. Masukkan udang.Masukkan tomato hiris.

Masukkan kotiau dan sayur. Balik balikkan hingga sebati dan masak.

Hmmm nak tau rasanya ada lah mirip2 kotiau kerang tanpa kerang.. bertambah cikli makan.

Kenapa cikson namakan expresso....sebabnya express saja cara buatnya. Shortcut saja. Malas nak blend cili,cikson substitute dengan cili flakes. Save masa dan tenaga.

Sekian....itu cara cikson buat kerja. Kalau dapat  cari jalan mudah,itu yg suka. Tapi maintain rasa.

ni cili serbuk



berbagai rupa cili
Dalam memasak tidak ada yang salah bagi cikson. Buatlah macamana pun asal hasilnya terjamin bersih ,halal dan menyelerakan tekak si pemakan.Dan tidak menjadikan  perut meragam.Sekian.

Thats my DIY for today . Khamis depan kita jumpa lagiii.Bye.




3 comments:

  1. Tahniah cikgu
    Saya boleh tiru kerajinan cikgu
    Sediakan bahan.. malam2 takler memikir sampai sakit kepala nak masak apa...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Akak,
      haha... kerajinan tu yg tak menahan. Ni cara org rajin tentu tak bekenan.Sos dlm botol ,cili pula cili flakes giant .Kdg2 bila jus malas berlebihan dalam badan, semua dibuat secara senang. Potong2, chiauw...siap dimakan.

      Delete
  2. Wahhhhh sedap tu.....cili flakes tu buleh simpan lama...kotkot buat pasta ka buleh taboq kot ataih......kelass.......

    ReplyDelete