Friday, May 5, 2017

Cerita dalam sehari.. updated and corrected

Menemani cikli di Dewan Bedah ,Hospital Lama Alor Setar memenuhi separuh dari hari ku. Seawal jam 7 kami bertolak ke AS dengan cikli behind the wheels.

Jomlah singgah makan dulu. Cikson beri cadangan tapi cikli tak setuju. Jadi kami teruskan perjalanan hingga memasuki kawasan hospital.

Sekali lagi cikson ajak cikli ke kedai makan diseberang sungai. Sekalii lagi cikli menolak.
Cikson mengalah saja dan kami pun teruskan ke bangunan E. Walau perut nak mula meragam mnita diisi.

Orang tak berapa ramai dan cikli diberi sepersalinan uniform untuk ke Dewan Bedah.
Menunggu cikli ,sempat cikson berbual dengan nyonya di sebelah. Antaranya dia menurunkan petua untuk menjaga keselamatan kaki.Lebih lebih lagi untuk diabetik.
Cuka dan air suam diguna untuk rendam kaki dalam 20 minit. Lakukan selalu.Cuka murah saja dan dia bersifat antibiotik.
Gitulah... dalam menunggu disitu, perbualan kecil dengan pesakit atau waris lain dapat menambah pengetahuan .Kadang kadang terlebih ramah sampai melalut.

Habis procedur VRC ciklicikson menjamu selera dgn nasi putih dan lauk2 di gerai Adoi mak.. mahai. Untuk berdua berapa sen short of 20 bucks. Selalu berdua setakat 12-13 ringgit tapi la ni meroket dia meninggi. Kesian kami.

Dengan perut kenyang kami pulang. Cikson yang kena drive kereta. Ada dua tiga kali rasa ngeri. Lori panjang dan tinggi dua tiga kali beriringan diperjalanan. Sampai di traffic lights , cikson kekanan.... rupanya jalan cikson sebelah kiri. Ngeri tgk lori panjang dok menghimpit dikiri...

Malam segan yakni malas nak keluar lagi. Cikli pula mengadu matanya masih ngilu . So... apa nak makan malam nanti. Tentu lapar.
gambar pinjam
Tak sempat nak photoshooot,habis sepinggan.

So cikson selongkar pantry dan peti ais.
Hanya sekeping bukan sebungkus bihun
Sejorong sayur kobis
Dua ketul ayam keras kejung.

Malas nak blend cili,cikson beradaptasi... haha mee maggi ada . Tapi tak rasa nak makannya. So cikson ambil sachet rempah ratusnya guna sebagai bahan utk goreng bihun sekeping itu

Hanya sebiji telor saja yang ada.. itu pun ayam toksaad derma. Cukup la.

Ingat dah bolehlah menggoreng bihun... la...gas pula buat hal.Masa ni lah dia nak mogok lapar pula.
Cikson tak putus asa... periuk nasi kan ada!

So termasakalah sepinggan bihun ala bihun Singapura... haha sedap juga. Cikli makan dengan lajunya.Alhamdulilah.

Itu saja kisah hari ni. Guruh dah berbunyi. Hujan mungkin turun sat lagi.

gambar pinjam
Cikson buat cili padi dgn cuka dan tokyu.

4 comments:

  1. Semuga urusan dipermudahkan. Cikli bedah mata yer. Muga cepat sembuh. Dua-dua mata Mak Long pun telah melalui pembedahan yang tidak dapat dielakan. Lama jugalah untuk beransur pulih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terimakasih maklong.Semoga maklong juga diberi kesihatan yang baik.

      Delete
  2. Lama tak makan bihun Singapore 😍😍😍 ala Singapore pun boleh 😘 Semoga dipermudahkan urusan 😉

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nour,makcik guna serbuk dlm sachet utk mee maggi. Bila masak rasa macam bihun sebreang tambak Johor. Tkasih Nour.

      Delete