Thursday, April 13, 2017

Harumanis nan satu

Terbaca dalam forum ttg harga buah ini. Setakat 28 - 30 ringgit tu perkara biasa. Tetapi semalam terbaca harganya naik sampai ada yg tergamak menjual dengan harga 50 ringgit sekilo. Gila kata ku siapa yang membeli. Itu kataku yang tak punya duit berguni guni. Mungkin mereka yang punya not not seratus bertimbun,bersusun dalam lemari baju dan lemari lauk, setakat 50 hinggit utk dua tiga mempelam ini tak jadi kudis. Maka kita yang simpanan dok menipis hanya lihat sajalah dalam gambar isinya yang manis. Bayangkan kemanisannya......keharumannya.

pokok mangga nan sebatang itu
Ha semalam cikson jenguk jenguk buah sebiji dipokok nan sebatang dilaman RBL.Dah sebesar genggaman budak bila cikson intai dia disebalik sarung surat khabar yg cikli sarungkan...tapikan..nampak macam tak berapa sihat saja. Agaknya pokok muda mengeluarkan buah mula beginilah kot rasanya. Macam budak budak berkahwin...Hari tu terkejut cikson baca tentang anak murid yang baru berusia 14-15 years berkahwin. Entah apalah wawasan mereka.


Buah nan sebiji itu


 Menjenguk dibelakang rumah, terlihat ayah cikli membalut buah buah harumanisnya yang berjuntai didalam pagar dan diluar pagar. Dah besar elok buah buah itu. Tahun lepas dapatlah merasa sebiji. Nampaknya rezeki tahun ini lebih sedikit.

Pokok mangga belakang rumah
tuannya pun ramah

Talking about harumanis ni... cikson taklah berapa excited atau teruja utk memakannya. Lebih minat buah mempelam biasa biasa yang boleh dibuat cicah . Duduk ramai ramai atas pelantar mengadap sawah ..hu.


Ice cream harumanis
jgn terkena kincing manih

tak semua orang suka yang serupa
manis ,harum tapi mahal tak masuk akal
usah dok teringin kalau poket tak cukup tebal...
 Thats all folks celoteh dari utara.
Harini tak dak DIY ya..
Terlupa pula... semalam satu hari makan bihun tomyam bersantan. Resepi ikut sedap tangan.Bye.

4 comments:

  1. Dulu makcik saya tanam sepokok harum maneh..dia dok taman intan dulu kat jabatan hewan nuu...bila mai musim tu dia....berpuloh bijik dok bergayot sampai cecah tanah!....Kami yang 'haluih' dulu ni dok telan ayaq lioq tunggu masak! Hahahahahahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. dia bagi dak sebiji dua lepas buah2 tu masak. teringat kisah sorang mak menakan dok pi kira buah dia bila anak menakan dia mai rumah. Takut depa pi ambil..budak2 apa depa tau.

      Delete
  2. Harum manih ni memang sedap dan harum.. tapi harga la macam tak masuk akai..
    Tapi nak merasa punya pasai tahun lepas beli jugak beberapa kilo, dapt la diagih adik beradik sebijik sorang... pasai sekilo pun ada 4 bijik saja..

    ReplyDelete
    Replies
    1. makchaq,
      saya kat sini pun telan ayaq lioq saja bila tgk harga buah ni melampau tinggi. La ni ada RM 25 sekilo. Tunggu sajalah buah yang sebiji tu masak . Dapat rasa sejorong bagi lepas kempunan pun jadilah.

      Delete