Saturday, April 8, 2017

Dunia .. apa yang tak kena ha?


This morning I did post this post in total. But on second thought,rasa macam tak kena saja.So here I go.

Well.... I struck off the first part of the writing. ..............

Actually dalam hati sarat dengan rasa gundah bila lihat sekeliling. Buka tv .. cerita Syria menguasai. Anak anak kecil tidak berdosa jadi mangsa . Terkulai layu akibat terhidu gas sarin yang diguna oleh kerajaan Syria sendiri. Lepas tu Amerika pula hantar tomahawk ajar Bashar . Betullah ramalan orang yang Trump ni tak boleh buat kawan.
Di Thailand selatan yang dekat dengan kami pun berita tidak diingi terjadi. Bom sana sini. Tiang letrik jadi sasaran supaya malam senang nak laku pencerobohan.
Russia dan Sweden juga tak ketinggalan. Trak di guna untuk membawa kemusnahan..

Actually apa nak jadi dengan bumi yang kita tumpangi ini. Sana sini perang . Sana sini bermusuhan. Sana sini malu memalukan. Terkeluar habis aib diri  dilondehkan. Dalam negara pun pergeseran antara kita ,antara parti tidak berkesudahan.
Apa nak jadi?
Bangun pagi selalu tertanya tanya... apa yang jadi ya semasa aku tidur selesa malam tadi.Masih waraskah penduduk bumi ini?

Dunia...apa yang tak kena ha?




3 comments:

  1. Pertanyaan yg menarik untuk msnusia waras memikirkan sesuatu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cik Adam,
      Hanya yang waras saja makcik anjur fikirkan. Yang tidak kita maafkan. So yg waras,perihatin,compassionate ayuh... fikirkan .Juga fikirlah bagaimana nak tinggalkan dunia ini utk anak cucu kita sebagai tempat yg mereka suka. Bukan bagai neraka yg kita wariskan pada mereka.

      Delete
  2. Pertanyaan yg menarik untuk msnusia waras memikirkan sesuatu.

    ReplyDelete