Monday, March 27, 2017

Bila pengarang jantung balik kampung,


Khamis lepas cikten's family balik kampung bersama sikecil Fahim Zaidan. Cuti sekolah dapatlah si ibuayah bawa cucu balik jumpa tok dan wan sambil bermesra dengan ninsandaq ,Tam dan ayam ayam peliharaan neneknya. Juga ikut rombongan makan kenduri acik Fahmi.

Selepas beberapa jam dalam kereta, RBL mereka tiba bila senja dah menginjak malam. Mujur sempat ciklicikson balik dari rawatan di Alor Setar.

Keletah sunggoh budak baru dapat berjalan. Maka sebelum dia pulang,atok dah susun atur perabot ikut kesesuaian. Dapat dijangka apa yang akan dibuat cucu . So tiada lagi jambangan bunga menghias meja atau pinggan mangkuk yang dapat dicapainya. ... haha itu pun tak menang mengawal pergerakannya yang minat menjelajah segenap ruang rumah.

Banyak juga aksi yang menggelikan hati. Respon dia bila tuntun Maharaja lawak pun melucukan. Beria sunggoh macam dia faham apa yang dilawakkan.
Dengar lagu dah pandai menggayakan aksi tangan dan kaki..Makan pu nak buat sendiri. Biskut 2 biji tak lekang dari tangan utk dikunyahi.
Aksi si cilik

Nama saya Muhammad Fahim Zaidan 

Lihat! tak jatuh kan.



Tak sempurna balik kampung kalau tak menjamu selera di Kuala. Malam Jumaat kami ke sana selepas maghrib dan hujan reda. Malangnya sampai Koma jalan jam pula. Maka buat u turn cari restoran yang lain . Tempat yang dicari alahai tak beroperasi lagi. Singgah di Arip. tengok ramai pelanggan menunggu dimeja ,kami ubah tempat pula. Tak sanggup menunggu lama lama. Dan akhirnya nun di Behor Pulai baru jumpa untuk makan malam yang tertunda.


Semalam,sekali lagi kami ke Kuala. Mujur mudah urusan mendapat parking,mengorder makanan dan segalanya. Puas dan geli hati tengok gelagat Fohim yang tak henti henti menyuap ikan ke mulutnya. Siap tepuk dada sendiri bila tersedak air yang diminumnya. Lepas kenyang dia bersandar  badan dikerusi dengan wajah penuh kekenyangan. That boy has learnt a lot since we last saw him.

Subuh subuh Ahad keluarga cikten dah bertolak balik ke KL. Semoga dipermudahkan urusan mereka dan selamat dalam perjalanan. Bila la pula atok dan wan dapat bertemu cucu kesayangan. And gelagat dia yang aktif dan cerdik itu tentu akan terbayang bayang... Love u Fahim and family. Thanks aten and safuan for everything. Love u all.

makan nak sendiri..

Having a ride in the trolley 

Ketawa gelihati..

Wishing more Zaidans or Zaidahs . By the way,my youngest sister too has become a tok with the arrival of newborn cucu...a girl. Tahniah .

4 comments:

  1. memang happy kalau ada kanak2 usia begitu. Tak kering gusi kadang2 dibuatnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cik Adam,
      Ni la satu satunya penghibur hati bila dia balik jumpa kami. Dia di KL kami di Perlis jumpa tak selalu. Jadi bila jumpa teruja tgk aksi dan gelagat dia.

      Delete
  2. Kanak2 baya ni sedap melayan... rindu sewaktu anak2 baya ni...
    Fahim nampak bijak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Akak,
      Budak budak la ni advance sunggoh pertumbuhan mereka. Cepat sangat .Tau tau dah pandai macam macam.

      Delete