Thursday, February 16, 2017

Whats Up,Perlis...welcome to Kangar City Centre u all.


Hari tu selepas balik PD, cikli dilihat tekun bersiap siap.
Baju dan seluar diiron rapi sendiri. Well,cikson dah tak seterika baju dia sejak ajali sbb dia komen banyak sangat tak puas hati. So... lebih baik buatlah sendiri. Tapi tidak dapat di sagang,mmg ironing cikli tak boleh dichallenge. Tak patah saiz kata orang.

Cikli balik sejam sebelum kami kena bergerak ke hospital. Ditangannya sebuah beg berisi gift . Didalamnya sebotol air minuman Regency,sekotak post it cards dan sebuah buku.

Belek belek majalah atau buku pelancaran Kangar City Centre, sebelum bersiap untuk kehospital.

handout...
Kangar City Centre? Apadia?

Katanya by 2020 ..2 more yearslah lagi.. Bandar Kangar akan mendapat her first 5 star hotel,condominiun dan shopping complex.
Banyak betul pembangunan yang sedang dan akan dijalankan sekitar Perlis. Tak taulah nak rejoice atau nak bersedih. Gembira kerana Perlis ie bandar Kangar tak lagi tidur bila jam 9 malam. Sedih kerana kedamaian yang dikecapi bakal hilang. Juga pemandangan bukit bukau dan sawah menghijau bakal lenyap dari pandangan.
Kangar City Centre bakal menjelma



Sejak kebelakangan ini, rancak sekali bangunan2 tumbuh bagai cendawan. Terisi kah dgn tenant dari local atau semua itu bakal diisi dengan pendatang. Kan sibuk segenap negara jual beli berdagang tanah hakmilik negara dengan orang2  luar negara. Anak watan selalunya tengok saja. Dulu orang Kemboja berjaja ke sini sana tetapi sekarang kukuh berniaga dengan kedai2 yang mereka punya.

Sekarang ni pun,kilang2 yang ada,  muka vietnam yang menguasainya. Kunjung ke remedic berduyun2 mereka menjalani pemeriksaan kesihatan utk kerja.
Buat apa pembangunan, kalau peluang pekerjaan buat anak2 tetap tertutup juga. Yang diangkut dan diambil muka bangla,nepal dan seangkatannya.

I wish Perlis remains as it were... bebas jam, bebas pendatang, bebas segala yang tak senang dimata,telinga dan jiwanya.

Bye...ini nukilan dari saya. Pandangan saya mungkin berbeza dari anda.

Ada shopping mall

Ada condo

Ada hotel



2 comments:

  1. Assalamu'alaikum Cikgu...

    Bila melihat bangunan-banunan mencakar langit tidak henti dibina di Kuala Lumpur ini, saya sering tertanya siapakah bakal menghuninya. Bangunan sedia ada pun masih banyak yang kosong. Mampukah generasi muda sekarang membeli unit-unit yang harganya di atas RM300K setiap satu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mualaikumsalam kakcik,
      Itulah kakcik,tak terkejar anak2 kita menggapai impian. Lihat pada harga rumah yg melambung. Kesian mereka.

      Delete