Wednesday, February 22, 2017

Walau kecik silap2 melayang nyawa...updated


Mujur dah sampai ke penghujung memasak,bila tiba2 api terpadam tandanya gas dalam tabung dah kehabisan.
Lewat petang,ciklin dan bapanya membawa tong gas kosong untuk membeli gas baru selepas mencuba cari servis penghantar gas namun tak berjaya.
Setengah jam kemudian,dua beranak kembali dengan tong gas berwarna hujau yang rupanya macam sudah lama berguna. Ada nampak karat sini sana.

Tong gas diangkat si ibu dan anak menyeberangi ruang tamu memasuki dapur.
Selepas plastik hijau dicabut,berusaha mereka melekatkan getah dari dapur ke tong gas. Tiba2...

Srrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrzz

Bau gas memenuhi ruang.
Kepala gas dibuka dan lekatkan berulang kali namun begitu keadaan terjadi.

Sezzzzzzzzzzzzzzzzzz. Tong gas berbunyi lagi. Bau gas juga memenuhi ruang dapur kami.

Cikson mencapai talipon dan mendail nombor tertera dikad business kedai.

Cik,tadi suami saya pi beli gas. Bila nak sambung kepala gas dengan tong gas ,ada bunyi szzzzzzzzzzz. Nak buat macamana ni? Tong gas rosak kah?

di kepala tong gas 
Keluarkan getah washer warna hijau 
Suara wanita dari kedai menyuruh cikson mencabut getah kecil warna hujau dari tong gas. Belek2 dapatlah dikeluarkan gelang getah yang sekecil saiz tudung pen, Mujur dia tak suruh kami hantar balik tong gas tu.Tentu jenuh.

Ciklin membawa gelang getah hijau saiz penutup pen itu kembali ke kedai seperti diarahkan. Kembali ke rumah dengan gelang getah baru yang dimasukkan kedalam lubang dikepala tong gas.
Kepla dilekatkan ke tong gas dan kali ini tiada lagi bunyi srrrrrrrrrrrrrz dan juga bau gas.
Washer warna hijau kalau tong gas petronas
Kecik saja.
Tapi... kalau abai
Mau nahas!
Selamat!
Alhamdulilah.

Masak malam dijalankan dengan jayanya walau ada was was juga.
Teringat kejadian dapur terbakar yang terjadi di rumah adik. Katanya bau gas dah beberapa hari terhidu.Dan akibat kebakaran adalah dari tong gas itu. Beberapa alatan memasak musnah dalam kebakaran kecil itu dan adik ipar phobia memasak utk seketika.

Walau gelang plastik yang bermasaalah dan dia besar tet saja namun implikasinya besar.
Kecik kecik tapi tanpanya besar bahananya.

A lesson learnt.



2 comments:

  1. Saya juga pernah menghadapi masalah yang sama dari punca yang sama...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kecik saja penyebabnya tapi akibatnya besar . Mujur bertindak waras dan cepat. Kalau tidak tak taulah apa nak buat.

      Delete