Wednesday, February 1, 2017

Kembali berdua


Hampir 5 hari di RBL,hari ini dia kembali ke ibukota. Tinggal ciklicikson kembali berdua. Bertemankan kucing kucing ,ayam ayam dan unggas yang kadangkala tersesat menjenguk depa.

Jam 12.15, stesen Keretapi Arau dikunjungi. Panas sunggoh cuaca di Perlis hari ini dengan daun daun galak turun kebumi disepanjang Lebuhraya yang dilalui.
Hmmm... extreme panas lah hari ini." cikson bersuara membelah sunyi. Dah macam kat Siam cuaca Perlis ni.

Jam 1.15 cikina selamat menaiki ETS ke ibukota. Tinggallah ciklicikson berdua. Cikli tak apa juga sebab rumah mak dia sebelah saja. Bila bila masa boleh jumpa.

Bila anak anak jauh dari ibubapa, kerisauan,kerinduan selalu saja menjenguk rasa. Tapi nak buat macam mana. Dah rezeki anak anak duduk kat sana. Mengaji sampai U , nak kerja kat Perlis saja mana nak jumpa. Jadi terpaksalah merelakan anak anak merantau mencari rezeki mereka.
Kalau kita kaya,tentu anak anak tak payah pi kerja. Kita bagi makan kat depa suruh depa tunggu kita.Jangan pi mana mana." kata cikson pada suaminya.
Tapi kita tak kaya,tak dak harta pusaka,nak buat macam mana. "sambungnya berbicara.

Bento buat anak

Teringat adik di SP

Di sebalik pintu kaca itu,setia dia menunggu   

Teringat cikson susah payah dia menyekolahkan mereka 4 beradik. Tapi lagi susah dia sendiri bersekolah . Namun itulah harta terbaik yang ditinggalkan oleh ayah dan ibu.

4 comments:

  1. Bento tu nmpak menyelerakan. Air tgn seorg ibu!(pn ziel)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah berjamu bihun ,si anak dah kenyang bila masa lunch. Itu yg akak tapau buat dia bawa balik naik ets. Boleh dinner kalau masih elok.
      Alhamdulilah,sampai kl pun lauk n nasi masih ok.

      Delete
  2. Benar cikgu
    Kalau boleh mmg kita mahu anak2 kita semua dalam pandangan kita.. takmo berjauhan.
    Akak dan suami sedang berusaha sedaya mungkin agar anak2 sentiasa ada selalu dgn kami....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Akak,
      Kalaulah semua kemahuan kita dapat dipenuhi,alangkah bahagiakan. Anak2 disekeliling kita tak lah sunyi dan terkontang kanting sorang2 bila tua. Tapi kat Perlis ni,kurang sikit peluang pekerjaan .

      Delete