Wednesday, February 15, 2017

Habis berjalan,sakit demam pun menjenguk datang


Setiap kali berjalan ,selain kenangan yang di kutip, sakit demam pun mencelah sama.
Dahulu masa berholiday di Langkawi , kini ke PD pun tak berkecuali.

Mula mula... cikina tiba tiba rasa tak enak badan dan terus cb
Rasanya susu culture yang diminum penyebab kejadian itu.
Dua kali terpaka berjumpa doktor baru lega sikit rasanya.
Doktor di PD kurang berkesan ubatnya ,jadi terpaksa pula ke OUG.

Fohim juga jatuh sakit.
Malam balik dari PD,dia menangis dua tiga round.
Besoknya bersin bertalu talu.
Keletahnya hilang diganti rengekan .

Ibunya juga terpaksa jumpa MD .

Sampai di rumah,kisah ninasandaq pula menyayat hati.
Semua anak2 nya didapati kaku dalam kotak . Sayu dengar nina memanggil manggil anak anaknya semalaman. Masa anaknya dikuburkan dia juga sibuk menengok cikli.

Cerita cikli pun tidak berkecuali. Kakinya pula bengkak akibat banyak berjalan. Semalam kami ke pakar ortho dengan berbekalkan keperluan masuk wad . Syukur,bila doktor yang memeriksa kaki cikli memberi kata ok. Bengkak dikaki dah surut,

Cikson pun terpaksa menelan ubat kerana badan rasa sekejap sejuk sekejap panas. Nak demam.
Hai... macam2 la sekarang ni. Dulu dulu kami kerap juga berholiday, berpiknik, Taklah balik sakit sakit segala.

Dulu.. pernah singgah mandi manda di air terjun ditepi jalan ke  KL. Segar saja selepas itu. Tapi sekarang nak turun ke tempat2 begitu pun kena waspada. Macam2 ada. Kecing tikus satu darinya.

Kenapa ya..

Sepatutnya kita dah bebas dari penyakit penyakit ,namun sebaliknya.Membaca berita 40 sekeluarga kena kuarantin selepas family day juga buat perut kecut.


4 comments:

  1. Salam Cikgu...tu la kan..dah bermacam virus yg melanda...salah satu penyebab mungkin pelambakan pendatang asing agaknya...mudah mudahan kita dijauhi dengan musibah penyakit berjangkit

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hari tu tgh viral ttg penyakit misteri di Kajang. Takutnya kerana kami tgh bermusafir makan minum kena beli di luar. Di Lexis Hibiscus pun,penuh dgn pendatang. Dari gad,pembawa buggy dan pencuci. Susah dah nak jumpa anak watan kita .Harap2 tu mereka tak adalah menularkan penyakit2 .

      Delete
  2. Namanya pun manusia MJ, tak lari dari sakit pening. Penat sangat kot, tu yg jatuh demam tu. Klinik ni biasalah ada yg kita serasi ada yg tidak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cik Hainom.
      Badan tua...tu yg sakit2 tak kenal masa. Anak pula tersilap makan

      Delete