Saturday, February 4, 2017

DIY ...nasi planta marjerin cikson style.


Kelmarin dulu,terlebih rajin .
Masak nasi planta marjerin dengan sambal ayam jadi saing.
Sedap dan wangi kata cikli beri komen.

Ni cara masak nasi utk anak yang bertanya
Mama agak agak saja sbb tak tangkap gambar masa production nya.


3 gelas beras.... basuh dan toskan airnya. Set aside.

Bahan tumis

Bawang besar merah... setengah labu ... racik nipis
Satu sup bunjut tulang
Buah pelaga ..3-4 pieces
Bunga lawang... 1-2 pieces.
Kunyit satu sudu kecil.Kurangkan kalau tak mau kuning sangat.
Setengah cawan marjerin.Kurangkan kalau tak mau berminyak

Tumis semua bahan hingga naik bau. Masukkan beras yg ditos airnya dan kacau biar sebati dan kering airnya.

Kemudian letak 3 setengah atau 4 gelas air ( saiz sama dengan beras). Atau ikut sukatan biasa.
Garam ikut rasa... secamca or less whichever
Gula... 2-3 camca
Daun pandan sehelai dua.

Masak seperti biasa dan kacau2 biar sebati.Letakkan sehelai daun pandan lagi yang diracik racik. Gurantee bau wangi sampai esok.

SIAP!
Jamulah keluarga dengan dalca ayam atau daging
Ayam masak sambal
Acar timun dengan nenas bercuka.

Tentu anak2 suka,
combo nasi

Nasi tak basi hingga besoknya kalau buat masak style ni.
Juga, nasi berderai tak clumpy.

Cikson perturunkan resepi buat anak anak yg bertanya.( Juga permintaan akaktoo ) Resepi ni dah pernah diturunkan. Tapi kali ni revised version . Sedikit add on sini sana.Tapi.....maaf la ya
Tentulah kurang dari mereka yang arif dalam masakan...macam aziekitchen or chef liza.

Bukan saja masak nasi berplanta tapi cikson dulu rajin masak serunding guna marjerin dari resepi marjerin planta. Ada biji ketumbar. Sedap.kata mereka yg dah merasa.  Tapi dah terlupa resepinya. Dok cari cari tapi tak berjumpa..kalaulah sesiapa ada resepinya...habaq na.

2 comments:

  1. Assalamu'alaikum Cikgu,

    terima kasih berkongsi resepi. Boleh cuba nanti... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mualaikumsalam Kakcik,
      Malu pula kakcik,takut tak menepati piawaian...)

      Delete