Monday, January 30, 2017

Sekali sekala bila depa keluar gua


Kelmarin pagi,Nina nampak mamason,cikli dan kakina keluar pagi, Dalam pukul 10.40 begitu selepas cikli selesai urusan di klinik 1 Malaysia seperti biasa.

Hang pi mana hang pi mana ...bersahaja pula lagu dalam kereta.
Oh,depa nak pi Sungai Petani rumah adik cikson hari ini.

Hampa tak yah masaklah. Jangan susah susah." Nina dengar perbualan talipon dia dengan ciknah.

Well, you know what?
Sampai saja dia kat rumah adik nya ,mereka dijamu nasi berlaukkan sambal bilis petai meletop, ayam masak kuning, gulai ikan. Apa lagi kampoi sunggoh depa anak beranak makan. Bertambah sampai tiga pinggan. Tentu mereka kenyang kebuntangan.

Pukul 3 petang,sedang mereka berehat, adik ipar cikson cadang pergi ke Pulau Sayak pula. Makan mee udang trang tang tang. Dah 2,3 kali  juga mereka kesana dan tempatnya dekat Pantai Merdeka. Tepi laut dan Pulau Sayak boleh dilihat dari sini.

Mee udang pulau sayak
sedap rasa nya mmg enak
Jam 6.30 gitu mereka sampai ke kedai yang dituju ketika matahari hampir terbenam. Kalut saja cikson dan anaknya mengeluarkan handphone mereka merakamkan scenary yang menakjubkan itu.
Dan bila dah jatuh matahari sepenuhnya,cikson melawak.

Bawah garis laut tu ,hari masih siang....sbb matahari jatuh kat sana.

Dan bila mee tiba imeja mereka, pulun sunggoh mereka dengan hidangan itu dalam remang2 senja bersama dengungan nyamuk yang berpesta. Tapi mee kuah berudang itu memang sedap sampai habis licin dimakan.

Tak rugi mai sini. Kata cikina kepada maktehnya.

Seronok sunggoh depa keluar berjalan hari kedua raya cina. Banyak kereta kat jalan raya. Tapi masa balik jalan tak jam pula.
Tapi yang tak seronok,depa tak mau bawa Nina sama!

Sunset at the beach

tenang lautnya

berpasir pantanya
tapi ada kotoran yang tak sepatutnya
Ada ke pampers anak boleh tinggal macam tu saja. Gelinya.

Menunggu denagn sabar dua beradik kesayangan toknya.



Ninsandaq


No comments:

Post a Comment