Wednesday, January 18, 2017

Rajin terlebih


Seminggu ni cikson rajin terlebih.
Kelmarin,termengah mengah naikkan tirai tingkap kaca RBL seorang diri. Hampir hampir tersembam menyembah bumi.
Hari ni pula, terlebih ramah menyapa anak anak yang sedang menyiapkan kerja pendaiwaian di rumah sebelah.
Dik,boleh tgk aircon makcik. Awat bau kepam entah. Cikson memulakan bicara
Maka terservislah aircon di dinding rumah ciklin,anakanda saya.
Bayaran 60 ringgit makcik bayarkan selepas kerja selesai dengan secawan kopi dan biskut kering makcik sajikan.Sedap pula cicah biskut dgn kopi petang petang.

Langsai mengemas rumah ,ke laman rumah pula perhatian dialihkan.
Wah...dah tak nampak rupa iriz ku.Berdebu sakan.

Dengan air dan sabun ,badan iriz ku sental biar bersih. Besok dia nak berjalan ke hospital Tuanku Bahiyah.
Bonet di buka utk check air radiator pula.
Eh... awat ada sebutir telor diatas compartment enjin kereta
Macamana boleh ayam masuk bertelor didalam bahagian enjin kereta. Bila diamati... bolos rupanya. Bahagian bawah enjin tu berlubang ternganga. Bukan rosak tapi itulah asal dia.

Oh.. rupanya selama ini telor2 yang pecah dilantai garaj kereta tu datangnya dari enjin ya.
Masha Allah... mau dia kemuruk. Naya. Wangilah iriz cikten mengalahkan parfum dari paghis.

Tu lah... kena komplen kat proton ni.. awat buat kereta yg ternganga luas.Silap2 rimau pun boleh masuk kalau tersadai dalam hutan.

Habis mencuci,iriz ,cikson cuci laman pula. Sehingga maghrib baru selesai . Mandi,sembahyang dan masak makan malam.

Rasa2 macam tarzan.
Kereta dan rumah hanya pinjaman. Kenalah beri perhatian. Kalau tidak kesian kat tuan.

2 comments:

  1. Alahai Cik Yam...di enjin kereta dijadikan tempat bertelur rupa-rupanya. Patut padanlah ular pun boleh masuk, ada lubang di bonet kiranya...

    Iyalah Cikgu, kalau bukan kita yang ambil berat tentang segalanya, nak diharapkan siapa...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sejak lori tua dah tak ada, dia pilih iriz pula. Tiap pagi ada sebutir telor pecah atas lantai. Ingat pecah sendiri,rupanya dia jatuh dari bhg enjin.

      Selagi terdaya kakcik, it dah jadi tugas nampaknya..

      Delete