Friday, January 27, 2017

Kawan baru


Melintasi gerai gerai yang berderetan di Tesco tempoh hari, mata meleret kepada dagangan yang di pamerkan.
Eh... ni lah yang nak beli on line tu. Kata cikson pada suaminya
Belek belek seketika tetapi tidak membelinya kerana masih ada urusan di tingkat atas.

Habis membeli,gerai itu di kunjungi semula.
Kali ni urusan membeli tertunai bukan satu tetapi dua.
Merah utk cikson
Biru utk cikli

Alhamdulilah... berfungsi dengan baik kedua duanya.
Kalau beli on line kena postage dan belum tentu ttg fungsinya.
Semoga dia memberi khidmat pada tuannya hingga akhirnya.

Add caption
 Radio kecil ni mengandungi bacaan 2 alquran, rukyah juga ceramah ustaz ustaz seperti ustaz Azhar Idrus.
Harga RM 60 sahaja.

2 comments:

  1. Mertua saya pn ada satu. Saya pn berhajat nk beli, belum jumpa lg. Yg pos2 tu, bimbang rosak masa delivery.(pn ziel)

    ReplyDelete
  2. Pn,
    Kat Tesco Mergong,makcik jumpa bila pi beli groceries. Selamat beli kat stall sbb depa boleh test dulu. Mcm nak pi beli utk hadiah anak2 pula.

    ReplyDelete