Friday, January 6, 2017

Eh... mana resit ?

Menghantar cikli ke klinik selepas sejam di Proton Service,aku terus ke rumah adik ipar di taman berdekatan
Beberapa kali panggilan dilaung,namun tiada respon. Sahlah mereka tiada di rumah.

Hmm.. apa nak buat dalam waktu terluang ni, aku bercongak congak langkah yg akan ku ambil.

Kedai stationery menarik perhatian. Cari colourful stick on divider,namun tidak kedapatan. So sebatang pen dibeli walau keperluan kurang mendesak untuk ini.No resit given.. oklah sebatang pen saja yg harganya 1,50 sen.

Keluar dari situ,kedai hardware aku tuju. Wire mesh yang nak ku beli tidak terjual. Yg ada 11.50 se meter. Aku mencari yg murah. 4.5 ringgit semeter pun ok dah. Entah bagaimana aku tertarik nak melihat dagangan didalam kedai. Melangkaui rak2, aku capai berus bilik air, kertas pasir,cat sembur, sprinkler head . Jumlah 46.00 _+. No resit diberi...

Ambil cikli dan ke kedai diseberang jalan kami gagahi. Niat nak cari wire mesh lagi. Tapi tak terjual lagi. Di sebelah kedai barang plastik kami tuju. Round kedai,barangan ini kami capai. Periuk kecil, plastik sampah,pengepit baju, pemerah buah serta dua tiga barangan lagi. Note 50 ku hulur. Lebihan diterima. Namun resit juga tiada.

Kenapa ya... kenapa kedai2 hari ini tak issuekan resit untuk belian. Aku jadi hairan. Adakah itu peraturan baru yang tak ku tahu. Atau aku yg dah jadi lembu. Membisu. Bagaimana kalau barang yg ku beli ni ada defect. Macamana nak tukar.

Balik ke rumah,aku masih tertanya tanya... adakah ini satu cara elak GST?
Lain kali aku kena pasti. Mana resit utk belian2 yg dibuat .
Berapa keping papan ya utk buat sebuah rumah.
Bata2 pula berapa GST
Paku,tiles...tentu kena lagi
Setiap bayaran... kena tanya
Eh..mana resit?

Di masa ekonomi tak bagus begini,kita sebagai pelanggan kena hati hati.
Ke pasar besar hanya sesekali.
Itu pun berbelanja yg betul2 perlu saja.
Tiada lagi branded and overseas mari goods menarik hati.
Yang promosi,clearance, atau home brand saja yang kami beli.

Tertonton Hassan Ali. YB.
Haaa...saya tak kata,depa yang kata. Itu pembuka kata. KSN yg dituduh rasuah punya angkara. Macam2 imbuhan dia terima. Keluar negara buta buta org belanja. Seronok nooo depa.Hidup mewah macam duduk dalam sorga. Kita?  Nak makan pun tgk harga.

Semalam,or dua tiga malam dah. Tangki air buat kerenah. Hai ada ada saja . Cikli ke kedai hardware beli papan. Sekeping harganya 43.00. Dengan GST 46.00. See sekeping papan cukai 3.00. Sebuah rumah ,Banyak mana GST yang kena.
Aduhai...perit no hidup kita.

Secebis luahan hati...yg makan hati. Harga barang yg meninggi.Silap2 kena tifoooooo lagi.

1 comment:

  1. Mungkin ada seuatu yang tersembunyi bila resit tidak diberi...

    Barang keperluan kian mahal hari ke hari. Mahu tak mahu tetap kena beli, akhirnya sakit hati simpan sendiri...

    ReplyDelete