Monday, December 19, 2016

Pagi masih kelam,terkenang masa silam

Burung burung berkicauan
Kucing dilaman bersahut sahutan
Kenderaan di jalan mengaum sakan.
Matahari belum mencelah awan
Hari masih kelam....

Woke to the call of prayer from the masjid nearby
Duly performed my duty to Him the Almighty

Pagi yang masih kelam,aku teringat jua kisah kisah silam
Masa aku masih memakai tanda nama berperkerjaan.

Teringat aku masa masih dalam alam pekerjaan.
Mula mula aku sebagai guru
Guru biasa
Ada kelas ada murid saja

Kemudian,beberapa tahun kemudian
Tanggungjawab bertambah
Ada murid ada kelas ada guru untuk diberi perhatian.
Masuk kampung keluar pekan aku berjalan
Memimpin guru2 walau kadang2 orang pandang macam perasan.
Kami tahulah apa nak ajar,tak perlu lah bantuan
Tapi ada yang mengalu2 kedatangan kami ...task force,teacher support teacher,key personnel kami diberi gelaran.
Datang bukan sebagai nazir sekola tetapi sebagai pembantu kepada cikgu cikgu sekelian

Masa berlalu, tugas juga begitu
Penolong kepada GB jawatan ku pada masa itu
Bermula dari tak tahu apa apa,ilmu mengurus ke kejar jua.
Dari PK kokurikulum,terus ke PK Pentadbiran dan akhirnya menyandang ketua pentadbiran sekolah...GB lah itu kalau tak tahu.
Tanggungjawab beribu...tak sempat duduk goyang kaki selalu
Kerja dari awal pagi sampai hari dah nak kelabu
Kadang2 tanpa cuti berminggu minggu.

Masa jadi guru biasa.... tgjawab kelas dan anak murid saja
Jadi GB semua atas kepala
Lagi naya kalau penolong bercekau sesama mereka
Sakit kepala.

Minggu minggu akhir sekolah begini, lagilah ligat kami kena menyiapkan kerja
Arahan pentadbiran dari pejabat,nazir,KPM semua kena jaga
Kalau tidak.....mau berkampung mereka kat sekolah kita.

Beratus checklist :
Bangunan rosak
Perabot cukup
Jualan  buku
Program bersusun,meeting ,kursus,rasa tak menang nak hayun
Kalau diperinci ...tak habis sampai esok ,mau makan bertahun

Pagi masih kelam
Ayan berketok,berkukuk sahut sahutan
Pada staff sekolah cikson nak ucapkan
Selamat memerah otak untuk cari jalan terbaik
Persekolahan 2017 nanti...

Bye
Cikgu pencen tak perlu risau



2 comments:

  1. Seorang adik perempuan saya bertugas sebagai cikgu. Mengajar tingkatan 6. Sekarang memegang Gred 52. Kadangkala saya yang rimas melihat 'waktu kerja'nya. Hujung minggu atau cuti sekolah masih sibuk dengan mesyuarat sana-sini. Sebagai pemeriksa kertas STP membuatkan cuti hujung tahunnya 'tak serupa orang'. Berkepit dengan kertas ke hulu ke hilir...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kakcik,
      Kesian mereka yg masih dalam perkhidmatan.Penuh dgn tgjawab. Terlihat itu pada anak dan adik saya juga. Lagi tinggi jawatan,adakala tak sempat makan.Mujur kita dah pencen..hilang pening serabut kepala tapi ituulah duit saja yg tak berapa nak ada.

      Delete