Wednesday, December 21, 2016

Caring and sharing

Tersentuh hati cikson bila membaca keluh kesah ibubapa yang berdepan dengan persediaan persiapan persekolahan utk anak2 tahun depan.
Selama 36 tahun di alam pendidikan, aku tak terlepas dari menjadi saksi akan adanya kesusahan yang dihadapi ibubapa setiap awal tahun.
Membesarkan 4 orang anak dari tadika ke u juga buat aku faham benar the needs and wants anak anak setiap kali sekolah dibuka atau semester baru kolej dan u. Ya Allah, besar cabaran tu.
Dibesarkan dalam keluarga yang serba susah buat aku lagi faham akan keluh kesah ibubapa yg tergolong dalam kalangan orang susah.

Di saat orang sibuk membeli belah keperluan persekolahan 2017 nanti,tersebar berita tg bapa yang sanggup menggadai maruah mencuri keperluan sekolah utk anaknya.Mencuri tu..Adakah itu hobbynya atau dia mencuri atas desakan hidup. Wallahualam.

Aku pernah berhadapan situasi murid2 yg tak punya apa2 walau sekolah dah dibuka berminggu lamanya. Pensel tiada ,buku lagilah. Bila ditanya kenapa...jawabnya bapa tiada wang. Menghulur seringgit dua utk anak2 begini utk beli sebuah dua buku tulis dan sebatang dua pensel perkara biasa buat kami.

dari fb ustaz Kazim
Pernah juga didatangai murid dengan cerita sedih. Tidak punya wang utk membeli beras utk mengalas perut adik beradik. Bersua murid menangis seorang diri kerana bapa tidak membekal wang kerana tidak berdaya. Apalah seringgit dua buat murid murid begini. Dan bila ada bantuan dari pihak2 lain, nama mereka diajukan.Agar susah mereka berkurang.

Itu dulu, sekarang aku dah terpisah dengan alam persekolahan. Dengarnya banyak program yang membantu. BRIM ada,baucer buku, bantuan 100 ringgit  seorang murid....macam macam bantuan. Tapi barang dan caj perkhidmatan pun tak kurang berlumba menaikkan harga.

Aku pengikut tegar Raja Shamri...projek sedekah nya dan third forcenya rasa dekat dihati. Tiba2 terkenang seseorang  yang walau usia meningkat senja,masih ada anak2 bersekolah yang perlu disara.
Bagaimana mereka....

Caring and sharing ...kalau tidak kepada umum ,kepada ahli keluarga pun tidak kurang pahala. Pada yang punya wang terlebih dari belanja,bantulah saudara mara lebih2 lagi dalam pendidikan anak2 mereka. Bila anak2 itu berjaya , kita tumpang rasa gembira .

Aku juga pernah dibantu orang kampung zaman dulu masa bersekolah. Dari situ aku dapat membantu adik adik ku. Dan paling bahagia bila aku dapat menyara persekolahan anak2 ku tanpa gundah. Its a ripple effect. Bahagialah mereka yg pernah membantuku. Satu masa dulu.

No comments:

Post a Comment