Thursday, November 3, 2016

Sehari ke sana sini,badan penat,otak pun lali.

Awal awal lagi, iriz coklat karatku ku pandu dijalan beratus lampu isyarat. Jalan Kangar-Jitra ku redahi bawah matahari mula memancar cahaya.  Dn bila matahari yang terbit ,menyilaukan pandangan, perjalanan sedikit perlahan.

Arrived at just after eight,followed the same ritual of registering at the ground floor. Harini manusia kurang berbanding sebelumnya. Di tingkat bawahlah... Menapak tingkat atas..penuh manusia.

Hampir jam 11 baru cikli selesai bertemu doktor dengan repeat visit 10 haribulan nanti. Tapi kali ini di Hsp. Lama Alor Setar.

Perut yang hanya di isi sekeping roti dan se mug nesacafe mula menangis minta makan. So to the canteen we went and ordered pasembur utara. Sedap ...cukup rasa.

Semasa menunggu cikl,aku melayan anak anak 5thn dan 9 tahun membaca buku. Rasa masa berlalu tidak sia sia. Gemar sunggoh anak anak yang ku temui itu menjawab quiz dan games dalam buku yang disediakan hospital. Dan pagi itu aku jadi guru kembali seketika.

Balik singgah Giant Kangar. Niat nak makan tengah hari. Tapi lain jadi.
Banyak barang keperluan rumah yang dah habis. Pencuci lantai,sabun baju,clorox dan lain lain jadi tinjauan.
Tertinjau tinjau kami ke rak rak yang dipenuhi barang keperluan. Yang lain tak dapat perhatian.
Hanya bahagian yang ditulis PROMOSI saja yang kami pergi. Dan kebanyakan barang adalah in house brand.
Selalunya brand ini tidak berapa diambil peduli.
Tapi kali ini brand GIANT yang dicari.
So baliklah kami dengan cloroc GIANT
Sabun cuci baju Giant
Sabun basuh pinggan giant.
Kerana harga kelihatan lebih murah dari brand brand lain.

Meninjau di para minyak masak....
Buruh dan seangkatan dengannya tak kelihatan . Cuma deretan minyak masak Giant 5 kilogram yang masih ada . Dan melihat harganya 13.50 cikson beli juga sebotol walau keperluan untuknya tiada.

Harga dia nak naik lagi...kata seorang pembeli.
Dan dia memborong 5 botol sekali beli.

Eh,,, sapa 2 yang belum beli minyak masak,cepat cepatlah ke GIANT. Tapi tak guranteelah masih ada berbaki. Harga 13.50 saja utk 5 kilo.

Oklah takat  ni dulu berita harini....bye.

1 comment:

  1. Assalamualaikum Cikgu...

    nampaknya lepas ni minyak jenama tesco ke giant ke mesti laris sedangkan sebelum ini tak dipeduli...

    ReplyDelete