Friday, October 21, 2016

The Presidential debate ...

Pagi se malam aku ikut tengok Presidential Debate antara Hillary Clinton dan Donald Trump. Ini debate ke 3 dan hanya lebih kurang 2 minggu sebelum rakyat US keluar mengundi.

CNN ku buka. Antara menonton dan buat kerja rumah . Antara basuh pinggan dan tengok television.

Masa Presidential debate ke 2 aku terlupa menontonnya. So aku hanya dapat mengikuti pengulas 2 dari kedua dua camp.

Biarlah aku tak ulas tentang intipati debate itu kerana fakta2 bertebaran di socmedia. Click saja macam2 ada. Nak u-tube ,surf saja. Nak ulasan ,comment berjela jela.

Tapi aku salute cara Amerika. Cara mereka terbuka dan berani dalam menghadapi pengundi. Tak ada parti yang monopoli. Dua dua belah pihak boleh didengari. Baru kita sebagai pengundi puas hati mana yang nak pangkah nanti. Kita.....dia sajalah yang keluar tv.Dia lah saja yang cakap berapi rapi sambil lap air liur meleleh dipipi. Sampai satu masa ada yang hampir hampir nak humban keluar tv. Sebab meluat tak terperi!

Antara Hillary Clinton dan Donald Trump...masing masing ada kelemahan dan kekuatan.
Tapi kalau Trump menang...tengoklah apa jadi dengan dunia. Sikap arrogantnya terserlah dari debate debate yg ikuti..tapi Hillary pun ada skeleton in the closet sendiri.

Come 8 November... warganegara Uncle Sam akan ke peti undi. Antara Republican dan Democrats ,mana satu yang terpilih nanti..Sama sama kita saksi.

Tapi aku sokong perempuan pula kali ni...


2 comments:

  1. Bagus begitu.
    Di sini tak dapat buat begitu sebab kita tak pilih Perdana Menteri.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cik Adam,
      Mungkin satu masa akan datang,kita bersedia untuk pilih cara itu. Tv utama siarkan apa manifesto parti2 yg bertanding. Biar telus.

      Delete