Tuesday, October 4, 2016

Friday to Friday...bila berterbangan

Sebelum ETS,mode of transport kegemaran dan keselesaan family adalah terbang di awan. Tak kira samada naik MAS,Malindo,AirAsia atay Firefly.
Dan nak bagitau... Peghelih tak dak airport. So ke mana orang Perlis pergi nak naik flight.
We all have to take that road with hundreds of traffic lights to Lapangan Terbang Sultan Abd. Halim in Kepala Batas,u see. Tak terbilang banyaknya lampu isyarat sepanjang jalan Kangar -Jitra.
Akibat banyaknya traffic lights maka tersenggut senggut senggugutlah perjalanan ke situ. Maka nak naik pukul 8 punya flight,jam 5 dah kena bersiap.
So bila ada ETS...thats the end of our flying on the plane.
Naik ETS berdesupppp....sampai. 4.5 jam dah sampai KL
Just 15 minutes to Arau. Jadi 45 minutes sebelum ETS bertolak,pun sempat lagi.

Balik dari Kuantan tempoh hari,adalah dalam 2 tahun cikson tak naik flight dari Kuantan. Yang last sekali adalah masa banjir kuning disana. Meleleh airmata depan polis meninggalkan anak masa tu.
Banjir tengah menggila.

Just nak share sikit...
Kerana masih teringat akan penerangan penjual tiket di airport Kuantan 2 tahun lepas, sebaik sampai di Gambang, terus airport kami tujui. Ke kaunter tiket seorang kerani ramah sekali melayan kami. Aku difahamkan kalau nak harga konsensi warga emas kena beli tiket dikaunter 7 hari sebelum tarikh berlepas. Itu yg aku diberitahu 2 tahun dulu.
Cik, berapa harga tiket warga emas ,tanya ku.
Maka penerangan pun diberi pada makcik yg masih tak tau lagi. Harga tiket paling tinggi diambil utk tarikh tersebut. Lepas itu baru diskaun dikira...
Semasa di mengetuk komputer mengira harga ,anak disisi melayari internet juga.
Selepas beberapa ketika,si gadis bersuara...
Makcik..RM 380 untuk Kuantan - KL- Alor Setar.
Dan bila dibandingkan,beli online hanya RM 218 untuk perjalanan yang sama.
See...berapa jauh bezanya.
So baik beli on line saja.Maka ciklin pun mendapatkan tiket online buat perjalanan Jumaat itu hari.

E mail dapat dihp untuk check in online sehari lepas tu. Tapi ciklin berpendapat buat saja dimesin check in di airport.
Haha...bila sampai di airport,mesin pula rosak. Dengan tidak ada notis atau orang memberitahu kerosakan mesin,beberapa pelanggan termasuk kami,terkial kial mencuba mesin itu dalam masa tergesa gesa nak check in.

So ke kaunter kami akhirnya. Check in beg hingga Alor Setar.

Akibat flight yang sedikit delay di Kuantan, tergesa gesa aku sebaik tiba di KLIA. Jenuh menapak dari point A ke B5 . Bukan perkara biasa buat seorang pesara seperti aku nak berlari lari...well itu yang aku buat. Tercungap cungap aku bila sampai di B5  disambut dengan pengumuman flight hanya berlepas jam 1.10 ptg tu..

Di apit jejaka jejaka kiri dan kanan ,aku hanya membaca majalah yg terdapat di depan ku. Nak tangkap gambar awan awan seperti yg biasa aku lakukan pun x boleh. Aku dapat seat yang tak ada tingkap !

Ramah stewardess hari tu. Dlm flight KL Alor Setar.
Puan sorang saja? Jangan susah hati,saya ada....
Katanya bila dia lihat aku yg terkial kial cari seat...

Dan bila touch down... Alhamdulilah. Success!
Gelihati bila anak berpesan berulang kali bimbang si ibu sesat kali ni.
Eh...mama dah sampai London la...kataku sedikit membangga diri. Hihi.

No comments:

Post a Comment