Thursday, October 20, 2016

DIY ... Jom masak gulai udang kacang parpu berkundur cikson.


Hari Khamis biasanya cikson suka tulis tentang apa yang boleh dibuat sendiri dari dok beli.Ewah...
So Diy makcikson ni kadang2 menceritakan masak memasak,jahit menjahit,pulih memulih . Tak payah panggil pomen atau keluar duit. Buat sendiri.Puas hati...hihi.

Harini cikson nak ajak kawan2,anak2 masak gulai udang. Tapi janganlah expect taraf chef. Amator ,adalah....walau dah tua,dah senja. Masak memasak masih struggle .
Actually,I ni category jack of all trade but master of none..

Apalah yang cikson melalut ni...gulai udang mana?

Ok ok...let see.

GULAI UDANG cikson.

bawang putih dan bawang besar
Racik . Tumbuk halus setengah bahagian

Kacang parpu ..segenggam
Rendam, Lepas tu grind kasar kasar

1.5 atau 2 bungkus kari ikan
Kalau kari udang lagi ok.

Santan se peket
 1.Racik2 bawang putih dan bawang besar
    Tumbuk setengah bahagian bawang itu

2. Bawang tumbuk,rempah dan suku peket santan di bancuh bersama 1 cawan air.
     Masak campuran ini hingga bau wangi. Make sure tak hangit ya.

Rebus bahan rempah hingga hilang bau
3. Grind parpu kasar kasar sudahlah.
     Masukkan dalam campuran rempah. Masak sampai hampir empuk.
kacang parpu di grind...kasar atau halus ikut suka.
Cikson buat kasar2 sbb suka rasa kacang dia...krup krup.
4. Masukkan kundur ke,labu ke...apa2 saja buah yg rasa suka.

kundur di potong 
5 Masukkan lebihan santan tadi yg dicairkan dengan air. Ikut suka nak kuah pekat atau cair.

Masak la hingga empuk na..
6. Dah mendidih  ( kundur dah lembut ,parpu dah masak ) baru masukkan udang.

Udang ...belah atas dan tarik keluar yg hitam 2 tu.
7. Kalau rasa nak masam,masukkan asam keping.

8. Masukkan garam .

9. Tutup api. SIAP.

                               eh eh....ada lagi.

10. Panaskan setengah cawan minyak. Tumis halba campur ( optional ) bawang putih,bawang merah dan daun kari.
Campuran tumis darat
Tak masuk halba campur pun ok.
Goreng jangan sampai hangit..
      Curah ke dalam gulai tadi.

Sebelum di masukkan minyak.



Baru berlinang.....

 Ha.... dah boleh dihidangkan. Jom makan..



Hidangan berkundur..

sememehnya..

Gulai udang kacang parpu berkundur....
My verdict....3 atau 2 bintang.

3 comments:

  1. Assalamualaikum cikgu

    Sama cara kita masak gulai udang... makchaq pun suka rempah O, sini payah jumpa.. balik kampung beli banyak2..

    Anak2 makchaq suka sangat gulai udang ngan kunduq ni... gu pulak dengan sambai belacan ikan goreng.. sedap..
    Kunduq ada sebijik bawah dapoq.. nak kena pi cari udang la...teringin pulak

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete