Wednesday, October 5, 2016

Bila makcik tak KAYO...


Sedih,pedih,marah...itu antara rasa hati bila baca berita ttg SPRM kena guna 30 orang pegawai untuk bilang duit hasil rasuah 2 pegawai kerajaan sebuah jabatan di Sabah...
Macam dah tak jadi apa apa dan boleh terlepas bila dapat kumpul kekayaan melalui RASUAH.Tentu jloi sakan kaum keluarga mereka melihatkan deretan kereta mewah yang dipaparkan. Dan hebat sunggoh mereka kerana duit berbungkal 2 hanya disimpan dalam almari kayu.

Minta minta biarlah gambar yg terpapar itu hanya photoshop. Biarlah berita itu tak benar. Hanya rekaan pemberita dan pemviral berita saja. Baru lega...

habuan..gambar googled
Dan...Bila makcik tak kayo terpaksalah makcik berhempas pulas untuk meneruskan hidup ini. Menyimpan harapan agar anak anak lebih cemerlang dalam hidup mereka dengan cara yang diredhoi.

Pagi pagi seawal jam 7.00 ,jalan Jitra-Alor Setar cikson lalui . Menuju Hospital Sultanah Bahiyah untuk rawatan susulan cikli. Hingga jam12.00 cikli belum menerima rawatan kerana pesakit yang terlalu ramai.Jam 2.00 baru boleh HSB kami tinggalkan dan sebelum itu makan di kantin.

Hmmm...kalau makcik kayo , tentu rawatan dihospital enam bintang diusahakan. Hatta hingga seberang lautan . Namun syukur Alhamdulilah, di HSB pun adalah satu anugerah.

Hari dah petang,nasi belum dimakan. Singgah restoran berdekatan..aduhai mereka tak layan sbb
jam 4.30 baru periuk belanga berdendang. So apa usaha cikson nak mengisi perut yang lapar.
BY 6.00 se periuk masak lemak cili apa ikan gelama telah terhidang. Untuk dimakan waktu malam..

masak lemak cili padi...

rezeki malam ni...
Hidup ini ...biar sederhana
Jangan terkejar kejar sangat harta dunia
Kita juga yang merana...

2 comments:

  1. Assalamu'alaikum Cikgu...

    Kebahagiaan bukan terletak pada harta yang melimpah ruah...tapi tanpa ringgit dan sen, hidup pun agak payah...

    Bersederhana itulah yang sebaiknya, kan? Dan rezeki biarlah halal lagi berkat. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mualaikumsalam kakcik,
      Setuju sangat kakcik

      Delete