Wednesday, August 10, 2016

bila tiba masanya....

Channel Astro sedang menayangkan Sangam.....
Entah kali ke berapa puloh kalinya ia ditayang.
Malas nak tengok dah tapi telinga melayan lagu lagunya yang merdu2.

Besok 10 hb.
Dan lusa 11 August. Tarikh temujanji cikli di klinik ACC Hospital Lama Alor Setar.
Bermakna ,come 11 at 6.30 in the morning cikson kena drive cikli ke situ. Dalam 7.30 dah boleh sampai dan parking masih banyak.
papan notis yg ditinjau tinjau pesakit..
Miss nombor ....mau menjerit
Terimbau kenangan dilalui bersama cikli masa mendapatkan rawatan mata .
Mula2 berulang alik ke hospital Kangar.
Lepas tu direfer ke klinik mata Hospital Sultanah Bahiyah Alor Setar.
Maka bermulalah episode kami berulang alik ke sana.
Setiap kali pergi tambang teksi menjangkau lebih 100 ringgit. Selalunya antara 120-130.

Alahai...kalau dicatat ,bermacam ragam pengalaman yang terpaksa dilalui.
Ada masa laju saja mulut berbicara dengan pesakit dan ada masa masing2 buntu melayan perasaan.
Hinggalah satu hari kami dikejutkan dengan jerkahan suara...
DIAM..jangan cakap banyak. Pening tau !.
Seorang pesakit mengherdik seorang lagi pesakit yang sibuk bercerita kepada kawan kawannya.
Terdiam kami yang ada. Kasihan pun ada padanya kerana diperlakukan begitu.

Di Hospital Lama kami bertemu dengan pasangan suami isteri. Isteri memimpin tangan suami yang teraba raba. Rupanya isteri dari seberang.
Dalam ramai ramai ,seorang yg lebih berumur dari kami memberi motivasi pada cikson.
Kata katanya rasa sedap didengar.
Dia mengesyorkan cikli berterimakasih pada isteri yang membantunya kerana dia tidak punya isteri utk membantunya lagi.

Bila tiba masanya...ada2 saja sakit datang menjengah kita.
Antara pesakit di situ
Entah apa yg difikirkan itu
Mungkin.....awat lambat sangat giliran aku!



2 comments:

  1. Cikgu....saya dok kayoh basikal kot depan hospital tu lah dulu pi-balik....pi-balik....

    ReplyDelete
  2. Samalah kita Cg ... saling teman menemani selagi ada ... hospital antara destinasi utama 😊

    ReplyDelete