Tuesday, July 12, 2016

Raya raya la juga...eid of 2016..the makan2.

Tak sah kata orang,kalau tak memasak untuk jamu anak menantu dan tetamu yang datang bertamu...
Garu kepala la juga cikson nak menyediakan juadah juadah raya ni..

Mula mula tentulah planning apa nak masak kan.
Mau pula buku resepi cikson entah di mana. So nak masak serunding ayam yang dipiinta bagaimana?
So kenalah agak2 saja. Katapun ingat ingat lupa. So main agak agak la.

Tiga ekor ayam dibeli..ha jenuh pusing dunia nak cari ayam raya raya ni. Tentu pak menteri tersenyum lebar sbb rakyat jelata tak melarat pun nak makan besar. Itu tanda negara masih mewah dan ekonomi elok elok saja....

Petang raya tu maka bersimpuhlah anak anak menyiat daging ayam terpilih.Jari2 jari lentik mereka meracik2 daging ayam seperti di suruh.Dapat sebesen .
So dengan ingatan yang tak seberapa clear cikson mulalah mengadun . Santan,cili dan berbelas lagi bahan. Dikacau diatas api sehingga rasa puas hati dah jadi serunding yang dihajati. Dan bila rasa...aduh ,piawaan tak ditepati...

isi daging yang diracik jari jemari



jari2 siapa ya...

bersunggoh membuat kerja

Sambung pula memasak rendang daging yang resepinya dlm buku masakan pertama cikson. Oklah...ada rasanya.
Dan ciklin pula menambah menu dengan ayam rendang balinya.....

Pagi raya pertama ...zup ke SP jumpa sanak saudara selepas beraya di rumah toksaad n tokma,ayah bonda cikli.
Petang ,bertolak balik ke Kangar namun singgah sekejap di Tesco Stargate untuk mencari barang2 yang belum cukup utk tetamu hari raya ke dua...

Dan dari malam ke pagi sibuklah cikson didapur menyediakan seperiuk besaq bak hang kuah mee....
Mee disaji setiap kali raya . Jarang jumpa kalau tidak kena masa.

So hari raya kedua sibuk pula kami anak beranak melayan tetamu yang sudi bertandang. Selain mee, ketupat dan rendang serta kuih muih dalam balang.

Raya keempat ...anak 2 nak balik tempat kerja dan adik tersayang sekeluarga nak datang beraya... So apa cikson masak buat bekalan dan jamuan tetamu..

Dalca kacang parpu
Sambal udang
Ayam goreng
Air asam....

juga mee kuah

mee kuah raya ke empat
Rasa lega bila adik yang bertamu dapat dijamu. Juga anak anak yang akan berkelana dijalan raya dapat dibekalkan juga. Hampir 14 jam mereka dalam kereta tentu sedikit lega.Makanan dah ada sedia.

Well... itulah yang dapat cikson sediakan buat anak2 dan tetamu yang berkunjung.Entahlah...mungkin tahun depan dah tak berkudrat lagi cikson nak buat semua ini........


On a sour note.... serunding yang dibuat merajuk agaknya kerana cikson lupa akan dia kerana sibuk membuat kerja. Raya ke tiga dah tak dapat dimakan kerana lupa memanaskannya atau menyimpan dalam peti sejuk...Putih mata tengok dia . Namun taklah rasa kecewa yang teramat kerana rasa kecewa lebih besar dan lebih berat telah cikson lalui.....Bila tiada rezeki....apa2 pun boleh jadi.


No comments:

Post a Comment