Sunday, July 17, 2016

Koridor Kenangan

Dah lama benar aku tidak melalui koridor berbumbung itu. Hari itu atas jemputan aku kembali. Kembali menyantuni institusi yang amat dekat dihati ku. Disini aku punya sejarah dalam pendidikan.
koridor kenangan
Cikgu,GB sebelum cikgu Lan kan. Seorang wanita yang tak ku kenali menyapa.
Bagaimana tahu? Aku bertanya kembali.
Tengok gambar cikgu di office.

Selepas menjamah hidangan, aku ke tempat guru guru sedang melayan anak anak murid. Riang ria segak mereka berpakaian raya. Hidangan disaji pula beraneka rupa. Gembira mereka.

Dalam ramai ramai guru di situ,beberapa orang adalah guru2 semasa aku berkhidmat disana, Sama2 bertungkus lumus menceriakan sekolah. Sama2 menyediakan dokumen untuk Sekolah Kluster. Sama2 mencari jalan supaya anak anak murid mendapat pendedahan terbaik bukan saja dalam PnP tetapi diluar dari skop itu. Jadi tidak hairanlah kalau SK Sena menceburi dan memasuki berbagai pertandingan lokal,kebangsaan atau international.

Masa itu lompat tali SK Sena nombor satu
Tahun itu SK Sena pecah sejarah dapat bilangan terbanyak 5A.
Murid Sena guna Bahasa Arab dan Inggeris dalam acara2

Bertuah aku dapat berkhidmat dengan mereka yang gigih. Walau adakala pedih  dan sedih.Semangat kami mendidih untuk melonjakkan nama dan prestasi SK Sena.

Aku tinggalkan Sena dengan Sekolah Sena mendapat Sekolah Kluster Kecemerlangan. Dan penggantiku guru Penolong Kanan Satu ...cikgu yang membawa Sena banyak kecemerlangan. Roslan Yatim.

Menyelusuri koridor sekolah ,aku kagum banyak pembaharuan yang telah berlaku. Dewan Gimnasium tersergam indah. Kawasan sekolah diperindah.....seronok tengok.

Jam 11 lebih. Aku bergegas keluar dari kawasan sekolah kerana bimbang tersangkut dalam ratusan kenderaan. Mau pula hari itu hari Jumaat. Kereta sesak dan padat.

Bye Sena. Lain kali kita jumpa lagi......
meriah 

segak dan lawa berbaju raya

celah celah pohon

merimbun pohon2

laman sekolah ...ada wajah wajah 








2 comments:

  1. Mokjadeandell.

    Saya pasti kakak telah meninggalkan sesuatu yang besar di sekolah tersebut. Bukan senang nak menempa sesuatu kejayaan. Ia memerlukan komitmen yang amat besar dan disiplin yang tinggi serta kerjasama sepasukan yang jitu. Ia hanya boleh dicapai jika pemimpinnya ada 'misi', 'visi' dan semangat juang yang tinggi seperti kakak! Well done!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Uncle,
      Jalan utk kejayaan rasanya mudah sedikit dicapai kalau kita ada empathy dan percaya akan kebolehan anak buah.
      Misi dan visi mudah tercapai kalau ada kata sepakat antara staf.Syukur ,alhamdulilah,saya diberi kesempatan utk berbakti disekolah2 yg baik berprestasi tinggi.

      Delete