Saturday, July 30, 2016

Jottings for today

Seharian memenuhi jemputan kenduri,took a toll on my energy. Dua tempat saja tapi sudah cukup buat diri vintage ini ....letih tak tau nak cakap. Penat hap hap...ehe..

So bila malam cikli ajak pergi lagi ,terpaksalah menolak ajakan dia. Dan sorang soranglah jadinya cikson penghuni wilayah RBL malam itu.

Tiba2....assalamualaikum.
Terdengar suara maskulin dirumah hujung sekali. Dan bila laungan tidak berjawab,suara itu berubah ke rumah tengah. Yang kemudiannya beralih ke rumah hujung...yakni rumah cikson.

ASSALAMUALAIKUM! berulang ulang.
Jawab tak jawab.
Tunggu hingga suara itu panggil nama penghuni rumah namun tiada.
Cikson membatukan diri dalam rumah kerana suara itu tidak cikson kenali. Dan mengintai dari balik tabir tak nampak pun rupanya...

Agak penat,suara itu diam tetapi tidak pula cikson tau kemana dia.Terasa home alone sunggoh masa itu. Ligat minda meneka...siapa dia?

Agaknya membaca dan mendengar banyak cerita buat cikson terlalu fikir yang bukan2.
Sekarang ni macam macam boleh terjadi..

Oh well, after many months,cikli drove cik iriz. to and fro to the wedding venue...Nun di Jitra sana.
Nampaknya tak lepas expectation cikson .Mula2 dia undur kereta dengan pintu ternganga. Mau dilibas tiang,mau terkopek kereta tu.
Kenapa you tak tengok warning ..jerit cikson.
Begitulah bila senja senja usia mula bawa kereta baru.

Singgah Napoh semasa balik. Ada karnival pokok buahan dan bunga.Menyempat juga sambar tiga empat jenis anak2 pokok untuk laman RBL. Dan sampai saja dirumah cikli tak tunggu besok dah untuk menanam pokok2 itu.
Nanti2 ,bolehlah menyicah jambu merah ya anak2.

beli jangan tak beli

Disini ringgit bertukar tangan
Dua helai kaftan buat basahan.
Minta kurang langsung tak layan....

antara celah orang ramai...terbeli 2 anak pokok jambu
2 helai baju
ada lagi...pokok karipulei dan pandan juga kalau tak tahu..
Gambar2 dari fb.

Kenduri di Kangar kami singgah masa katerer dah mula memunggah...Dah hampir 4,30 baru kami sampai. Anak murid semasa sekolah rendah yang kahwin.Kakaknya pula bff ciklin.Emak saudara pula rakan dalam perkhidmatan.

Thats all folks. Gambar nanti2 kita upload..Bye.


No comments:

Post a Comment