Thursday, June 9, 2016

Tetap tapi tak tetap...

Setiap kali bila cikli ada temujanji doktor,menjadi kawajipan untuk cikson menjadi pemandu atau pemimpin serta peneman.
Dah berjawatan tetap sekarang. Tapi tanpa KWSP atau skim pencen.
Sesekali bila anak anak balik mereka mengambil alih tugas cikson.Syukur Ahlamdulilah.
Agak agaknya bila cikson dah tiada siaplah agaknya akan mengambil tempat cikson noooo.

Hari ni pun serupa. Temujanji bhg MOPD pada jam 10.00.
By 9.40 kedua merpati tak sejoli dah keluar rumah menuju Hosp. Tuanku Fauziah Kangaq.

Kalau hari hari biasa,cikson akan gagah menunggu hingga dapat tempat parkir. Park kereta dan menemani cikli ke bhg yang ditetapkan.begitu juga bila berusrusan di klinik2.

Well....harini cikson tak tunggu dalam kereta atau memarkir kereta. Keluar dari kawasan hospital,cikson pecut ke Behor Pulai ..Ke kedai Kain 1 Malaysia u all !
Puas belek kain disitu tapi tak beli apa2 cikson menuju pula ke kedai ikan.
Membeli belah di situ sebelum beredar ke kedai runcit.

I dah jumpa doktor...kata cikli di talipon.
So cikson pun start kereta dan ke hospital.
Tunggu punya tunggu punya tunggu,cikli tak kelihatan .
Jenuh juga round kawasan parking tapi hampa belaka.
Talipon cikli pula disambut suara wanita...macam biasa. Tapi sikit pun cikson tak jeles.

Menunggu lebih se jam baru cikli keluar dari bangunan klinik Pakar.
Wah...berapa banyak kaunseling daa...dia merungut.

The next appointment buan 11. Seronoknya....
Tapi jgn lupa bln 6 ni masih berderet temujanji doktor mata kat AS..cikson mengingatkan..
menunggu giliran di Hosp Besar Alor Setar

Cuak seketika disebalik pintu ini...


tapi ....bila makan lupa semua

Itu saja laopran setakat ni ya anak2....bye. Selamat Berpuasa.

4 comments:

  1. Selamat berpuasa Cikgu.

    Semoga kesihatan Cikli semakin baik. Aamiin.

    ReplyDelete
  2. amboih gambaq hat last tu memang terra....tersenyum saya dok tengoq..

    ReplyDelete
  3. Best nampak hidangan dalam pinggan tu... Mak Long pun senyum lebar nengok gambar tu..

    ReplyDelete
  4. im so proud of u mama, now that u can go shopping on ur own. blessing in disguise kan :)

    ReplyDelete