Friday, June 17, 2016

Nak mati pun susah....sehari di HSB

Semalam,berjam cikson berada di Hosp. Sultanah Bahiyah. Untuk entah ke berapa kali, kali ini cikson dah hilang dalam menghitung. Kali ini cikli kena berurusan dibilik 75,66 dan 64.

Kesian lihat mereka yang rata rata pengidap diabetes yang memenuhi ruang menunggu di situ. Tapi bila berkumpul dan ada yang berjiwa happy go lucky,suasana jadi meriah dengan cerita mereka.

Menunggu giliran hadapan bilik 75 adalah warga2 emas dan perak berbagi bangsa. Satu Malaysia gitu. Aku yang jadi pemerhati hanya sekali sekala tersenyum simpul mendengar lawak mereka.

Mau mati pun susah....keluar kata2 keramat P Ramli.
Nyonya dari Jeniang dan aci2 dari mana entah ketawa dengar salah seorang dari pesakit itu berbicara. Pesara tentera yang ramah berbual seakan pengerusi majlis.

Sudah mati apa pun tak rasa dah...kata nyonya Jeniang. Tapi sini tak boleh minta ubat doktor kasi mati. Amerika boleh..dia berhujah. Itu fahaman dia. Tapi bagi kita...lain pula.

Selepas di review doktor dibilik 75, ke bilik 66 pula untuk di beri tapak utk masuk ubat..
Dan dibilik 64,cikli terpaksa berhadapan dengan prosedur yang katakan sakit juga...ia itu laser baring.
Dan bila cikli keluar ,mata dia dipakaikan pentup mata ala ala monshe dayan atau captain hook.

Dan 10 Julai nanti kami akan kesini lagi.

Sebelum itu,dihadapan bilik 64 rancak cikli bertukar cerita dengan anak muda yang juga pesakit diabetes.Macam2 cerita lawak yang keluar. Rupa rupanya jangan ingat orang tua saja yang kronik .....

Kita jumpa lagi 23 haribulan di hospital lama ya....nyonya jeniang macam riang saja melambai tangan meninggalkan ruang selepas selesai rawatannya....

Mereka begitu ramah berbicara walau hati siapa yang tahu....
Aku yang tidak nyenyak tidur semalamnya hanya senyum simpul.

Bye nya....have a safe journey home. Jumpa lagi.

Oh ya...adik ramah minggu lepas dari Baling tak kelihatan hari ini...

2 comments:

  1. Semoga semua proses dipermudahkan....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terimakasih uncle.
      Cikli skrg ni macam2 proses dan procedure perubatan yg dia kena hadapi. Apa nak kata lagi dah nasib badan...

      Delete