Wednesday, June 22, 2016

Melayan rasa

Ketika melayan fb,aku bertemu sekeping gambar. Gambar dua tiga tahun dulu. Gambar ramai ramai semasa berbuka puasa di satu tempat.
Ku belek wajah wajah mereka yang ada.
Dan antaranya mereka yang sudah tiada.
Allahyarhamah ibu dan kakak yang pergi selang dua minggu from each other. Dan mereka ditakdirkan disemadi beside each other..
I heaved a heavy sigh. Al fatihah buat arwah mereka berdua.Hajjah Zaitun Ibrahim dan Asma Ahmad.

Tahun tahun dulu semasa arwah emak masih ada,kami tidak pernah ketinggalan untuk pulang 100 km dari rumah untuk beriftar bersama sama.Seronok berbuka beramai ramai. Santai bersama sanak saudara. Aku rindu suasana itu.

Dan untuk tahun ini,semua itu tak ada lagi. Kesihatan cikli yang tidak stabil menghadkan kami untuk berpergian.Lebih lebih lagi cikson tak berapa dapat diharapkan untuk memandu jauh jauh..

'Jomla kita pi AS cari baju raya,' usul cikli satu petang.
Aku menggaru garu kepla yang sedikit gatal.
Hmmm, tunggulah depa balik nanti.Macam tak senang saja pergi berdua ke tempat ramai ramai dalam bulan puasa ni. Aku membayangkan kemungkinan kemungkinan.
I nak beli warna biru tua la tahun ni...Ada ada saja cikli.

Usai sahur,aku melangsaikan bil bil yang tertunggak. Adoi... agak merimbun di situ . Dan ingatan aku pada mereka di satu kawasan di negeri asal ku. Macamana mereka meraikan puasa dan raya ini. Sedikit ongkos ku kirimkan buat mereka.

Semasa emak masih ada,selit sepit mesti ada bahagian dari rezeki ku untuk dia. Dan aku rasa,anak2 pula berbuat begitu pada ku.
Ada masa sampul berisi wang. Ada ketika sepersalinan baju. Rumah yang lebih selesa.kereta yang comel juga aku terima..Syukur yang tak berpenghujung.

Dan ku panjatkan doa agar anak2 mendapat rezeki yang lebih dan rezeki itu dapat dikongsi oleh aku dan suami berkekalan selamanya.
Betul sangat sangat. Bila kita ingat ibubapa kita,anak2 akan ingat dekat kita.

Well,I remembered those days when I was very angry with my dad. No coming home,no news for sometime. But the money for my mum never stopped.Tak tertelan makanan memikirkan apa yang adik2 makan.Those were the days.

Amboi...melayan rasa pula pagi ni....




1 comment:

  1. Saya pulak rasa sayu...dulu masa arwah bapak dan mama ada, depa lah yang akan request nak beli kueh apa untok buka satni....pasai mama dah tak larat nak buat. Saya pi naik mutu pi cari...kalau tak jumpa pi cari tempat lain pulak...belaihh kalau takdak...La ni bila dua-dua dah tak dak, harapkan adik-beradik pulak untuk bekumpoi tapi adik-beradik pulak semua sebok......makanya, sepanjang ramadhan ni kami masih tak berjumpak! Sigh...

    ReplyDelete