Monday, June 13, 2016

Langit mendung .....guruh mengaum...hujan x turun.

Mendung nampak awan.
Alamat hujan sedia menyiram
Guruh di kejauhan bersahut sahutan ....

Ayam ayam tokwan rancak mencari makan
Riuh rendah mulut berkicau kicauan.
Ketoooook....kukuoooooook...dan tahi tahi ayam berjatuhan. Dan bagi satu kerja utk aku bersihkan.

Haha....keseorangan aku diruang hadapan
Cikli masih enak dibuai mimpi.
Semalam,puas dia ke majlis berbuka puasa didewan 2020 dan cikson dirumah cemas menanti. Ialah bila jam dah hampir 12 dan dia tidak pulang. Entahlah....dengan kesihatan yang tak berapa baik dia gagahi juga ke sana walau si isteri cuba menghalang.

Hari ini sekolah dibuka semula. Kesian anak anak. Bersekolah dan berpuasa. Teringat aku akan ragam anak anak sekolah semasa bertugas dahulu...

Actually la kan...semangat menulis dan berblog sejak akhir2 ni agak menurun.Cerita banyak boleh disampaikan tapi .....self sensor menghalang aku berbuat demikian. Dan aku rasa sedikit sedih bila posting yang dibuat mengambil masa berjam jam untuk muncul diblog roll.

Langit mendung,guruh mengaum. Namun hujan belum turun....
Life like that. Sometime what we expect doesnt happen. ...

No comments:

Post a Comment