Friday, May 20, 2016

Mencari parkir ....fikir

Bila hari appointment doktor ,maka satu soalan berkecamuk difikiran ku.....Dimana,bagaimana dan bila aku dapat parkir kereta dusty brown ku. Sudah sedia maklum memarkir kereta di kawasan hospital adalah seperti mencari pin di timbunan lalang.

Sebelum ini aku selalu meletak kereta ku nun diseberang jalan sekolah Derma . Bermeter2 jugalah aku kena berjalan diabawah terik mentari pergi balik setiap kali suami warded di hospital. Mau pecah peluh dan rasa nak menyembah bumi masa itu. Akhirnya cikson confirm hidap darah tinggi...

Pagi tadi punya memori....

Cikli dikehendaki menderma darah? di bawah arahan jabatan MOPD. Dikehendaki berpuasa dari jam 10 malam hari. So esok2 pagi mem jadi drebar tuan rosli.

Cikson duduk dalam kereta sambil mata mencari2 peluang meletak kereta dalam kotak parking.Selepas berpusing sana sini bernasibbaiklah sangat ada rezeki. Park kereta... ke kantin cikson pergi. Just to buy air botol dan sedikit kuih muih. Kembali kereta biru bercermin gelap ada di sisi kereta .
Eh camana nak keluaq? Kalau sangkut naya.
So kekereta itu drebar tua ni hampiri.
Tok tok tok...cermin kereta ku ketok.
Cermin di turunkan dan wajah mungil seseorang leka dgn handphone .
Dik...makcik tak berapa pandai bawa kereta. Boleh cik ke belakang makcik nak undur. I said curtly.

Mujur dia akur dan lepaslah cikson keluar.
Cikli tak dapat dicontact dgn talipon. Nak berjalan ke bangunan dia berada rasa tak berupaya. So sekali lagi berpusing pusing keliling. Sekali ni mmg nasib menyebelahi kerana dapat parkir dihadapan bangunan dimana cikli berada.

Mencari parkir di HTF Kangar perlu sabar dan ada strategi....itu pengajaran yg cikson pelajari.....

One poignant anecdote...
Cikli bertemu kawan. Sama sakit sama tua.
Si kawan....tua dah,muda tentu tidak
                   sakit dah,sembuh belum tau
                   Bila nak mati?
Cikli .......  hmmmm....ikut nombor giliran..sambil tunjuk nombor dia.
         
Cikli cikli....

No comments:

Post a Comment