Sunday, April 10, 2016

Tingkat sama katil lain lain....1

Entah untuk kali ke berapa ,urusan harian tertangguh dan perhatian tertumpu di tingkat 6 bangunan itu.Tingkat sama tapi bilik dan katil saja yang berlainan. Ada masa berempat.Ada masa berdua dan seketika berseorangan.

Cikli masuk ward sekali lagi. Selamat menjalani pembedahan entah kesekian kalinya.

Tengah ke sana sini mendapat rawatan dihospital dan di klinik,cikli digemparkan pula dengan berita tidak berapa ceria.Untuk kali ketiga kali ini berkaitan kakinya dia masuk bilik bedah.

Hari Selasa ,petang aku bawa dia berjumpa doktor di bhg. otto. Doktor yang merawat menasihatkan cikli dimasukkan ke wad esoknya utk satu prosedur.
Dan esok paginya awal awal lagi kami dah ke sana.Aku lepaskan cikli dimuka pintu department itu dan berlalu utk memarkir kereta. Nun jauh di jalan seberang baru aku ketemu tempat utk aku letakkan cikoko . Berjalan kaki hampir setengah kilometre dalam perit panas ,aku kembali ke hospital.Nampak kelibat cikli terhenjut2 menuju ke bgh x ray.Kesian dia ,semua wheelchair diunit otto  habis diguna pesakit lain..
Selesai x ray aku menolak kereta sorong cikli ke bangunan tersergam di satu sudut hospital. Termengah2 aku.
Selesai urusan pendaftaran,menolak cikli dgn kudrat ku yg tak seberapa ke wad kelas satu ditingkat enam di situ...
Belum reda penat didada,cikli menggesa aku mendapatkan ubat yang tertinggal dalam kereta. Dalam panas terik begini? Mati aku.
Namun atas rasa tgjawab aku gagahi meredah panas yg mencairkan otak . Hampir aku tersembam atas asphalt yg entah berapa suhunya.Mujur aku berbekalkan air mineral sebotol. Singgah berteduh dalam kawasan sekolah. Meneguk air macam musafir di gurun yg kontang.
Gagahi menapak ke kereta yg terasa jauh walau hanya se depa dua.
Selepas kereta dibuka....hoooi ,panas lagi kereta dari oven membakar biskut rasanya.
Kereta ku bawa walau steering macam besi panas dan akhirnya aku sampai dan mendapat parkir dalam kawasan hospital...
Ubat Dermacyn yg ku bawa selamat digunakan . Alhamdulilah...
Besoknya....
Ah....besok saja ku sambung
Catatan ku buat utk tatapan dan kenangan peribadi.Bukan utk meninggi diri atau menagih simpati...
Bye...

6 comments:

  1. Alahai, sabarlah hati... Semuga semua urusan dipermudahkan Nya...aminnn

    ReplyDelete
  2. Bermula berdua, sekarang juga mengharungi susah senang kehidupan berdua - saat anak2 juga perlu mengatur kehidupan mereka. Semoga Allah SWT mengurniakan kekuaan selagi hayat dikandung badan. InsyaAllah... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kakcik,
      Betul kakcik,kita tak dapat mengharap sesiapa selain kita sendiri kerana mereka pun punya liku hidup yg perlu ditempuhi.

      Delete
  3. Replies
    1. Terima kasih Mas,
      Semoga urusan kita dipermudahkan. Amin.

      Delete