Saturday, March 5, 2016

Ucaplah terimakasih walau bukan berkasih.....

Setiap kali makanan diberi, dia berbunyi.Bukan mengiau seperti biasa biasa.Tapi satu ngauman yang tersendiri.
Wooooit.....ngauuuuuuuuuu.....eh tak taulah cikson nak tuliskan.
Oh...ucap terimakasih ya..
Sama sama ,balas cikson.
Itulah Pong bila mendapat makan dan cikson bila memberi makan.

Hmmm kucing pun tau berterima kasih pada pemberian yang diterimanya.

Satu peristiwa....
Sesuatu membuatkan mereka marah pada dia.
Walau itu cerita lama.Marah masih membara.
Cukup cukuplah tu...
Walau dia bersalah tapi dia jaga adik kita.
Bayangkan kalau orang lain ditempatnya.Entah2 dah lama dia cari lain buat gantinya.Adik kita pun bukan ada apa2.
Patut kita ucapkan terima kasih pada dia.
Ternganga mereka mendengar kakak paling tua berbicara.Memadam rasa.


Melayari internet,cikson terlajak dan terbaca tentang caregivers.
Caregivers ...mereka yang menjaga pesakit.
Sementara atau selamanya.
Adalah amat memotivasikan kalau kita mengucapkan terimakasih pada mereka yang menjaga pesakit.Tak kira samada mereka yang sakit itu ibubapa,suami atau isteri.
Hargailah mereka.Tanyalah khabar mereka bukan hanya tanya kabar berita saudara mara kita yang sakit.

Sekarang cikson jadi caregiver pada cikli.Hilang rasa penat bila cikli ucapkan terimakasih . Rasa dihargai....
Setelah membaca artikel itu,cikson terasa banyak salah pada anak anak masa sakit dulu.
Tak sabar,marah marah kalau hasrat hati tidak dilayani segera.
Nak hasil kerja yang dibuat ikut kehendak dan penilaian kita.

Petang semalam jam 8 cikson bawa cikli ke bahagian kecemasan HTF.Jam 1.00 pagi cikli di masukkan ke wad.Keracunan makanan suspek punca sakitnya.
Jam 1,00 cikson melangkah sorang2 dari bahagian kecemasan ke bahagian pendaftaran. Hilang takut.
Alhamdulilah cikli dimasukkan ke wad yang selesa. Terimakasih buat anak utk GL juga staf hospital yang baik hati.
Harini cikli dah ok sikit. Dan bolehlah cikson betulkan urat2 yg lenguh di rumah .Semalam tidur atas kerusi pejabat amatlah melelahkan...lebih2 lagi buat urat2 dan tulang temulang yg dah hampir 64 tahun berkhidmat.

At times artikel artikel dalam internet bawa satu perspektif baru buat kita.
Dan satu darinya ialah....ucap lah terimakasih selalu.
Bila anak menjaga ibubapa yang sakit
Bila menantu menjaga anak kita yang sakit
Pada siapa siapa sajalah.....bukan hanya cari kelemahan tapi binalah kekuatan mereka...






6 comments:

  1. Assalamualaikum,

    Doa Mak Long agar Cikli segera sembuh. Begitu juga untuk Cikson jagalah kesihataan juga. Kalau satu rebah sorang lagi boleh tolong bangun. Kalau dua-dua rebah menambahkan lagi rebahnya. Mak Long percaya dua perkataan "terima kasih" adalah amat berkuasa, pelembut hati. Kita wajib bermurah hati menyebut terima kasih walau pun sedikit jasa yang diberi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terimakasih maklong,
      Semoga doa mak long menjadi dorongan semangat buat kami.
      Di bumi sebelah sini,dua perkataan itu,kadang2 payah nak didengari

      Delete
  2. Bagi sesetenagh orang, perkataan 'terima kasih' adalah sangat berat untuk diucapkan. teringat saya memberi laluan kepada seorang lelaki (mungkin warga Bangladesh agaknya) sewaktu hendak membayar barangan di kaunter. Memandangkan dia hanya membawa 2 barang dan barangan saya hampir satu troli, saya meminta budak kaunter mengira barangnya dulu. Jangankan ucap terima kasih, dia pandang saya dengan muka bodoh sambil korek hidung...huh!

    Semoga Cikli segera sihat sepenuhnya, begitu juga dengan Cikson.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kakcik,
      Uurrrgh...sunggoh korang sopan dia itu
      TQ..

      Delete
  3. Peringatan yang sangat baik untuk diri saya juga. Harus lebih ringan mulut untuk mengucapkan terimakasih selepas ini....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Uncle,
      Berpesan2 pada kebaikan. Cikson pun ada masa lebih suka terlupa mengucap kata2 terima kasih.

      Delete