Tuesday, March 1, 2016

Nothing comes cheap these days...

Melihat dia tersengguk dicushion , cikson berdeduksi....tentu dia kelaparan.
Cikli sekarang ni makannya tak boleh kurang
Kalau kurang mau meragam seleuruh badan
Dulu tak makan seharian pun boleh tahan.

Pagi pagi tadi dia dah breakfast dengan beberapa keping roti.
Tapi sejam lepas tu dia dah rasa macam tak boleh berdiri.
Eh lapaq la ...kata dia pada bini.

So...menjenguk siisteri ke dalam pantri
Nak goreng bihun ke atau buat tempek tempek belanga hari ini.
Last last ...dengan milo ,tepung,garam,gula telor dan minyak
Cucuq milo siap disajikan pada suami yang kelaparan..

My cikli,sejak akhir2 ni
Macam macam sakit datang menghampiri...
Itulah ...nak berjalan keluar rumah pun cikson khuatir
Takut takut penyakit dia datang menghampir.

Kesian pula ...dah banyak kali dia ajak cikson pergi KL
Teringin sangat nak tengok tempat tinggal baru anak anak dia.

Selepas makan dia tidoq
Macam baby pun ada cikson tengok.

Skrip ni cikson perap dalam draft entah kenapa
Harini tak sempat mengarang,inilah saja yg di publish ya....

...........................................

Cerita harini...
Pagi2 ke remedic sekali lagi
Luka kena cuci setiap hari tanpa selang ya
Kalau tidak....hmmm tak tau lah nak cerita

Ubat ni sapu 2 kali sehari
Yang ni telam malam,petang pagi
Bila dengar harga yang harus dibayari
Mau mati sakit jantung silap2 hari...

Nothing is cheap nowadays...cikson berkonklusi.
Tak ada duit jangan sakit ,jangan mati
Sebab hari tu cikson baca dalam internet
Nak mengurus jenazah pun dah naik bayarannya melangit....


4 comments:

  1. Arwsh mak dulu pun selalu kata.. 'tak dak duit jangan sakit, jangan mati...' tu berap taun lepas.. la ni lagi la mahai..

    Luka kaki cikli x kering lagi ka..?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul sangat makchaq
      Kalau tak dak duit jangan sakit dan pergi klinik.
      Mahainya tak terkata mau sakit jadi kronik.
      Bertunggu tangga di sana,cikson dapat lihat pesakit2 ada terkejut bila dengar bayaran yg dikenakan. Bawah 50 tu dah tak dak dah..

      Delete
  2. Semuga sakit Cikli segera sembuh. Harga meninggi jadi keluhan di mana sahaja...di tanah air, di luar negara. Ada juga harga tak naik tapi dikurangkan kualitinya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maklong,
      Cikli masih kena rawatan sampai hari ni.Without fail.

      Delete