Thursday, March 3, 2016

kesian pakcik ......

Seprti pagi pagi biasa ,Jam 10++ pagi,suami isteri sudah menerjah sebuah pusat perubatan di pekan
Pesakit ramai dari biasa dan antara mereka seorang wanita pertengahan umur yang nampak biasa2 tapi berbaring dikerusi.
Masuklaaaaaaaaaa....tempiknya pada suami dia bila si suami menyuruh anak yang menemani masuk sekali ke bilik rawatan.
Terkebil kebil menahan malu agaknya si suami yang juga nampak kurang sihat menapak ke dalam bilik doktor bersama anaknya.
Terdiam semua mata yang memandang.
Amboi....kuat pula suara marah suami...bisik hati yang memerhati.Kesian suami mesti dia malu diherdik begitu.
Dan tidak lama kemudian,pesakit disorong kedalam bilik bertabir.Dan dari ruang itu,jelas suara perempuan tadi mengerang,mengaduh dan memarahi .Suaminya sudah pasti .

Menjaga orang sakit....satu cabaran .
Sudah hampir dua bulan  keluar wad hospital.Dan 2 bulan jugalah isterinya without a break memandu,menyorong kerusi roda ,memimpin suami kemana2 mana .Terutama ke tempat2 utk rawatan mata,luka dan kesihatan.Selain memberes kerja kerja kerja harian.Yang tidak berkesudahan.
Dan dia boleh menerima semua itu kerana itu sudah ketentuan.
Cuma dia marah bila suami membuat sesuatu yang pada fikirannya akan membuat luka melarat,lambat sembuh dan berbagai konplikasi .
Semalam dalam kereta si suami merembes air mata.
I bosan.I nak pi kerja
I nak buat kerja sendiri.
Si isteri terus memandu kereta .
Mujur ada you.Mujur you larat.
Kalau you mau I jaga you ,you kena lah ikut apa yang suruh dan I tegah.Orang lain tak tau macam mana sakit you.Tangis you.Konplikasi you.

Itu cerita semalam.
Lain jadinya tgh hari.
Si isteri berulang kali menegah suami memijak bitumen panas tengah rembang kerana tapak kaki dia mungkin cedera.Luka ditapak kaki mungkin melarat.Dan kaki itu tak boleh dipakai kasut lagi.Hanya disarung pelastik.
Tapi suami tetap suami
Itulah yang dia buat.
Dan ptg tadi tapak kaki dia nampak basah.

Sesunggohnya hanya seorang isteri yang tau apa yang baik utk suami yang sakit.Apa yang memudaratkan dia.
Yang lain ........

Antara suami isteri....
Bila seorang sakit,jangan cepat rasa bosan melayani.Jangan cepat2 suruh balik negeri.
Jangan berkira duit ringgit yang ditaburi
Jangan mengungkit sana sini
Jangan degil bila dinasehati

Kerana bila diri sendiri sakit.....lu fikirla sendiri.Tak adanya adik beradik,abang kakak,ayah ibu ,anak2 melayani setiap saat setiap hari.
Yang tinggal hanyalah suami atau isteri yang juga sakit sakit sendi.

Kesian pakcik yang kena sergah bini.....

6 comments:

  1. Replies
    1. IM,
      Aduih.kesian pulak.
      Jangan lupa minum ayaq banyak2 musim panaih ni.

      Delete
  2. Alahai... mungkin isteri itu sebenarnya marah diri sendiri yang sudah tak berdaya lagi, lalu dilampias kepada suami yang tetap setia di sisi...

    ReplyDelete
  3. Orang sakitmemang kadang2 bengkiang... tapi mesti la sedih sang suami tu.. tapi ada jugak orang tak sakit pun cenge dengan suami.. makchaq dengaq pun takut..

    Cemuih dah cikli tu.. tambah rasa bersalah dok susahkan cikson... tapi nak buat macam mana.. hari ni hari dia... semoga cikli cepat sembuh dan cikson diberi kesihatan utk menjaga orang sakit..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Makchaq,
      Haha...ada. Kdg cikson pun bengkeng juga.Bial sedaq astagfar banyak2.

      Delete