Sunday, March 27, 2016

Clever Girl....kenangan lalu di zaman sekolah

Menonton Clever Girl di tv membuat aku mengimbau kembali zaman aku dibangku sekolah. Sekolah Menengah dalam Tingkatan berapa ,aku dah lupa.
Aku tak fit untuk bersukan...kalau orang Kedah kata kemereh...heh heh.
So I diverted my interest to reading.
Not the usual reading ...jauh lah gadget madget .
Aku peminat tegar membaca sehingga apa saja yang melintas...bahan cetakan/tulisan ,I mean,aku akan baca dulu.So segala kertas bungkus garam,belacan,gula akan aku baca dulu sebelum aku lupuskan.

Peserta dari Perlis

antara peserta peserta


Hoi..mak ngot la buat kerja kau ni! Kakak sulong akan menempelak aku kerana lambat menguruskan barang barang yang dibeli untuk jualan mee nanti.Sebabnya aku akan membelek kertas kertas tu hingga terleka.
Dan bila aku jadi secretary of the library,peluang terbuka luas untuk aku meminjam buku buku disitu.Seminggu bukan sebuah buku yang ku pinjam.Mau 3 atau 4.
Dan aku akan menghilangkan diri bawah katil besi untuk membaca buku buku itu.
Tajuk tajuk yg masih ku ingat:
The Last of the Mohicans
Gone with the Winds
Devils Advocate ...to name a few.
Naik hijau muka tokton bila laungan dan seruannya untuk aku menolong didapur aku buat bodo hanya kerana ingin menghabiskan buku2 itu secepat mungkin.
Wah.....panjang mukadimah. Apa kaitannya dengan Clever Girl? Cikson clever ke as a girl..

Keleber tak keleber,cikson selalu dilabel walking dictionary dan encyclopedia.FYI...cikson mmg suka sangat baca encyclopedia..
Dan dari situlah masih cerah diingatan gugup dan gemuruh cikson beraksi dipentas ( Sekolah saja pun) menjadi peserta ala ala clever girl.
Dan selalu juga cikson jadi juara...haha..Mana tak nya sbb kawan2 mana ada minat macam cikson .Mereka banyak masa dengan mat tahir mereka.

Pengacara ...Alif Aziz kan
Masa rancangan clever girl tadi cikson bolehlah jawab 3,4 soalan juga.
Vesuvius mountain
Nama sebenar Ghenghis Khan  ...Temujin
Dan satu dua lagi.

Petang tadi sempat memasak tomyam daging untuk makan malam.Nenas goreng ikan masin dan telor dadar sambil telinga mendengar siaran langsung Deklarasi Rakyat....
Tun M masih unggul masa berceramah walau umur dah melangkaui 90.
Katanya memory Tun kuat kerana kuatnya dia membaca.

So anak2 membacalah kerana ia amalan penyegar minda. Tapi cara anak muda baca gadget dimalam buta boleh undang bahaya....hubaya hubaya.


4 comments:

  1. Zaman kita, membaca itu memang aktiviti yang menyeronokkan kerana tiada gadget seperti sekarang. Rasa rugi pula melihatkan anak2 sekarang mengenepikan rasa ingin membaca kerana leka dengan permainan atas talian sedangkan membaca itu jambatan ilmu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul Kakcik,
      Agree sangat. Masa kita dulu ada komik School Girls dan bberapa series lagi.Dapat pinjam dan baca tu amboi...mcm dpt iphone 6 kot.

      Delete
  2. Membaca amalan yang baik. Dari berkumpul borak-borak kosong yang kadang-kadang boleh tersasul jadi mengumpat. Mak Long pun suka membaca. Ingatkan perangai Mak Long aje suka baca kertas bungkus belacan, bungkus nasi lemak... masa kecil-kecil dulu. Hehehe banyak rahsianya kan.....!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe...tapi sampai la ni pun saya suka belek kertas. Dah jadi tabiat...

      Delete