Thursday, February 18, 2016

nak TEGHEYAK or nak gelak...hari jumbled up date sedunia.

Mungkin ada masih tak dapat teka apa makna tegheyak as in loghat utara cikson.Simply it means menangis or cry kata mem mata biru.
Hmm harini cikson nak tegheyak  akibat confuse ttg tarikh dan explanation jururawat di wad tempoh hari.Dan because of this confusion,cikli was denied his treatment .Bukanlah langsung tak dapat treatment kat Pakar Perubatan,tapi tak wholly la....or thorough .

It started weeks before today.Satu petang cikson gagahi ke wad tingkat 6 utk dapatkan tarikh rawatan MOPD ke apa entah.Dan cikson faham or made to faham dia kena ambil darah pada tarikh 18 hb.Rupanya bukan...
It was supposed to be on the 16th...sama dengan tarikh otto.
So ...kelamkabutlah jadinya .
Tak payah pi klinik darah harini.Kata jururawat yang bertugas.Tegas.

Banyak bahagian2 yg dikunjung,sinilah nampak misi2 yang tak berapa nak friendly.Bukan cikli saja tapi ada lagi .Tanya soalan pun dijawab hendak tak hendak.Dan kebetulan pula hari ni kebanyakan patients adalah warga emas.
En ...... .nama patient diulang ulang.Namun dia tak kelihatan.
Ni dah panggil dari pukul 9 lagi. La ni pukul 10.Mana dia pi ha?

Melihatkan cikli yang makin terkulai,cikson lari ke kantin.Beli milo O panas dan sedikit kuih.Sebelum ni jalan kaki merentas jalan mencari parking kereta.
Hai..lajunya..seseorang menegur.
Saya dah pencen kak...katanya sambil kami seiring berjalan.Dah bercucu dia.Syukur.Kawan lama dalam perkhidmatan nampak riang dan ceria.

Tanyalah nurse bila I kena mai lagi. Ada ubat dak.Cikli mendesak.Dan bila cikson tanya nurse hmmm..tercabut tangkai hati.Muka dah serius mencuka.Agaknya kepenatan melayan orang tua tua,
Mana saya tahu.Keluar bilik mana tadi?

Tu la abah...sabarlah.Satlagi depa bagilah.
Dan bila tarikh temu janji lain diberi,cikli dah menggigil.Ubat di farmasi pula kena pula tunggu lama sikit.Dan bila dapat banyaknya membukit.
bekal ubat setimbun

kerusi iron man ...

siap papan kenyataan...tapi tu pun boleh jadi tak ketahuan


Isssh..tak lalu la nasi.Nak makan sup .Kata pesakit.Garu kepala cikson nak cari kedai tgh hari yg jual bihun sup.Ada tapi pernah rasa.Hampa.Kecewa.
Baik masak sendiri.
Balik rumah,seperiuk moi sup cikson renehkan. Buat makan tgh hari .Malam nanti baru cari bihun sup direstoran .

Itu saja cerita dan kisah .Sepasang suami isteri menjalani rutin harian.Kalau tak klinik,hospital.Dah tak berangan cuti cuti Malaysia.Makan angin keluar negara...


3 comments:

  1. Masih ada juga rupa2nya misi yang cengei ya...hmmmm...

    Macamlah diaorang tak akan tua kalau panjang usia...

    ReplyDelete
  2. Awat la cenge sangat misi-misi kat sana..
    Pengalaman makchaq di putrajaya misi tak dak dah hat cenge...
    Makchaq doakan semoga kaki cikli cepat sembuh...

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah. Dapat jugak ubat akhirnya..takutnya disuruh balik dan mai balik seminggu lepaih tu...naya...semoga "abang" bertambah sihat...

    ReplyDelete